29.5.09

Perkataan Haram

Seksyen 9 Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Ugama Bukan Islam 1981 telah menyenaraikan dalam Jadual (Bahagian I dan II) beberapa perkataan dan perbahasaan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan adalah: Allah, Qadhi, Haji, Khalifah, Firman Allah, Ilahi, Mufti, Wali, Ulama', Wahyu, Rasul, Fatwa, Hadis, Mubaligh, Imam, Iman, Ibadat, Syariat, Dakwah, Nabi, Ka'bah, Qiblat, Solat dan Sheikh.

Manakala perbahasaan-perbahasan yang tidak boleh digunakan adalah: Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilhamd, Allahu Akbar, Insya Allah, Astaghfirullahalazim, Tabarakallah, Masya Allah dan Lahaulawalaquwwata illabillahilazim.

Perkataan dan perbahasaan tersebut (contohnya bagi negeri Kelantan) telah diluluskan pada 1/12/1981.

Seksyen 9(3) memperuntukkan bahawa orang bukan Islam yang melakukan kesalahan menggunakan perkataan dan perbahasaan itu (kecuali untuk rujukan atau petikan) boleh dikenakan denda sebanyak RM1000.00.

Walaubagaimanapun sepanjang wujudnya enakmen tersebut, tidak pernah ada satu kes di bawah seksyen ini telah dibawa ke Mahkamah untuk pendakwaan. Malah lebih teruk lagi peruntukan berikutnya dalam seksyen 10; di mana pentauliahan seorang pegawai untuk menjalankan kuasa enakmen tidak pernah dibuat.

Kalau tidak isu Herald saman KDN tidak akan timbul dari awal lagi.
Blog Widget by LinkWithin