
Agenda pemilihan telah menyaksikan gabungan muka lama dan muka baru menawarkan diri sebagai calon ahli jawatankuasa PAS kawasan. Dan berdasarkan trend tersebut, 16 ahli jawatankuasa yang terpilih tersebut adalah merupakan kombinasi mantap gabungan tersebut. Ianya juga menggambarkan kehendak ahli dan pimpinan yang amat meletakkan kepentingan pengalaman golongan lama dan tenaga golongan baru sebagai asas pemilihan pada tahun ini.
Nota saya:
1. Ini adalah kali pertama saya menyaksikan secara live ucapan Dato' Seri Nizar. Saya menggambarkan beliau sebagai seorang fighter dan teguh pendirian. Seorang yang amat yakin tetapi lembut percakapannya. Beliau seorang yang boleh jadi pemimpin yang baik dan tidak hairanlah jika beliau adalah antara calon favourite Naib Presiden PAS.
2. Cuma saya bimbang - dan bimbang saya ada asasnya - Dato' Seri kelihatan naik terlalu cepat. Dari seorang yang agak kurang dikenali setahun lepas, tiba-tiba; sekiranya jika Dato' Seri bertanding Presiden pun berkemungkinan mendapat undi, peluang untuk jatuh cepat pun terbuka luas juga.
3. Ada banyak kemungkinan faktor kejatuhan. Mungkin ahli bawahan yang tidak tahu apa-apa menyokong sekadarnya ataupun kerana'pembantu-pembantu sesat' yang mengharapkan balasan atas kejayaan menarik diri kerana tidak ketemu apa yang mereka kehendaki.
4. Oh yaa... dalam pemilihan AJK semalam, saya mendapat undi tertinggi ke 8. Ini adalah kali pertama saya 'termasuk' dalam senarai AJK selepas lebih 15 tahun terlibat secara aktif dalam politik di Pengkalan Chepa.... slow-slow kan.....!!!!


2 comments:
Tahniah.. sama-samalah yek!
Terima kasih Nik berkongsi pandangan pasal Mktmr PAS Kawasan kita ni. Nak ulas tak boleh sb tak hadir.
Dan tahniah ya sb dah jadi AJK Kawasan. Moga makin mantap jemaah kita lepas ni.
Post a Comment