9.4.08

Persidangan Hakim 2008

Saya menyambut baik ucapan serta sokongan oleh YAM Raja Nazrin Syah dalam ucap utamanya di Persidangan Hakim Malaysia di Putrajaya pukul 10.30 pagi tadi.yang antara lainnya menekankan tentang keluhuran perlembagaan dan betapa pentingnya mempertahan doktrin pemisahan kuasa pemerintahan.

Penegasan Baginda tersebut adalah tepat dengan masa dan ketikanya di mana rata-rata masyarakat di Negara kita bercakap berkenaan dengan pemurniaan semula badan kehakiman.

Antara lain baginda bertitah “We are now at a critical time in our nation's history, one where the institutions of state - indeed, the foundations of our democracy - which we have built up since Independence, are under scrutiny”.

Betapa tidak. krisis kehakiman Negara yang terjadi hampir 20 tahun lampau, belum juga selesai walaupun sudah beberapa menteri silih berganti. Walaupun ada cadangan untuk penyelesaian, nampaknya usaha tersebut setakat itulah sahaja.

Adakah mereka ini menanti pilihanraya ke 13?

Titah baginda ada jawapannya: “The just concluded 12th General Elections has ushered in a host of changes. Among other things, it has introduced a greater degree of contestation in policy-making, legislation and administration than many would previously have thought possible. Some of these changes may be transient. Others could well be permanent. Whatever the case, the new political realities have proven to be and will continue to be challenging. They send a clear message that we cannot continue on a course of 'business-as-usual'.

Adalah diharapkan agar titah Raja Nazrin tersebut dapat dijadikan asas kepada kehendak rakyat yang begitu dahagakan suasana dahulu. Untuk pengetahuan umum, sebelum kirisis kehakiman yang melanda Negara, hakim-hakim Malaysia adalah hakim yang disegani di peringkat dunia. Penghakiman mereka sentiasa dijadikan rujukan khususnya dinegara-negara Komenwel.

Siapa yang tidak kenal dengan penghakiman Tun Suffian, DYMM Sultan Azlan dan Tun Salleh (sekadar menyebut beberapa nama). Penghakiman mereka dibincangkan secara terperinci di peringkat antarabangsa; dan kebanyakannya diikuti pula. Tapi sekarang? Saya terbaca sebuah laporan bahawa kisah pemecatan Tun Salleh Abbas dijadikan bahan ketawa semasa perbicaraan pemecatan ketua hakim Pakistan beberapa bulan sebelum pembunuhan Benazir.

Soalnya sekarang adalah hendak atau tidak sahaja. Kata orang tepuk dada tanya selera.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin