19.4.08

Pulau Pinang 2008

Saya sepatutnya hadir ke Majlis Ucapan Perdana Menteri anjuran Majlis Peguam Malaysia malam Jumaat yang lepas. Jemputan yang saya terima pada hari Rabu melalui telefon terpaksa saya tolak kerana sudah ada komitmen lain dengan keluarga.

Kebetulan pula pada malam Jumaat tersebut saya terpaksa bergegas ke Kuala Krai kerana menerima berita kematian Che Yam, kakak sulong ayah; ibu saudara saya. Saya sekeluarga sampai disana lebih kurang jam 8.30 malam di mana urusan penyempurnaan jenazah sedang dibuat.

Semasa saya sampai, kelihatan Hj. Ismail (Pak Su Wel) wakil rakyat Manik Urai telahpun di situ sedang menguruskan bayaran awal RM500 Tabung Kifalah. Saya juga difahamkan Dr Hatta juga ada melawat keluarga ini.

Saya sekeluarga berada di sana sehingga selesai pengebumian dan lebih kurang dalam jam 11.00 malam bertolak balik ke Kota Bharu. Untuk berehat kerana esok nak bertolak ke utara semenanjung untuk menjemput Syuhada yang telah selesai sesi pengajian di Kolej Matrikulasi Mara Kulim.

Oleh itu lebih kurang jam 9.30 pagi semalam, bertolaklah saya sekeluarga dengan 2 buah kereta lagi sambil-sambil melancong ke Pulau Pinang. Saya dan Ummi agak ‘excited’ kerana tak pernah sampai secara sendiri di Pulau Pinang. Sebab itulah apabila sampainya kami di Kulim, saya jadi buta jalan, hanya ikut sahaja Din di hadapan.

Perancangan kami di sini selain untuk menjemput Syuhada adalah untuk melawat beberapa tempat menarik di sini selain ke rumah beberapa hali keluarga. Ummi ada rumah ibu saudaranya Mak Cik Aji di Sungai Gelugor. Dengan no telefon sudah diperoleh, tinggal nak cari ajelah.

Selain itu, budak-budak mandi pantai lah nampaknya.

Itulah yang menyebabkan saya terpaksa ponteng majlis makan malam bersama PM. Ishh, ruginya saya.

2 comments:

tupa_jakik said...

pembetulan;- bukan mandi pantai..just swim dekat pool sajer..huhuu

nik said...

kesian...ditinggalkan..

Blog Widget by LinkWithin