Skip to main content

Keputusan Pulau Batu Puteh oleh ICJ

Saya adalah antara (mungkin) jutaan rakyat Malaysia yang mengikuti siaran langsung RTM dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa petang ini. Dengan keputusan 12-4 secara sahnya Pulau Batu Puteh menjadi milik sah Singapura manakala Midle Rock menjadi milik Malaysia dengan undian 15-1.

Sementara sebuah pulau lagi South Ledge kurang pasti pula saya kepada siapa dianugerahkan kerana keputusan tidak menyebut negara mana yang berhak.

Keputusan tersebut seoalah-olah mengambil jalan tengah agar tidak ada sesiapa yang berkecil hati.

Walaubagaimanapun, sepanjang saya mendengar fakta yang dibaca oleh Naib Presiden ICJ seolah-olahnya dari asal Pulau Batu Puteh adalah terletak di bawah penguasaan Johor (Malaysia) dari segi sejarahnya. Begitu juga fakta kedudukan pulau-pulau tersebut yang lebih dekat dengan pantai Johor.

Tetapi memandangkan penguasaan oleh Singapura terutamanya dengan pembinaan Rumah Api Honsburgh dan tiadanya usaha oleh kerajaan Malaysia mempertikaikan pembinaan dan penguasaan tersebut menyebabkan pulau tersebut dianugerahkan kepada Singapura. Dalam hal ini ICJ lebih menekankan berkenaan dengan penguasaan berbanding kepunyaan (sovereignity vs. ownership).

Macam lebih kurang konsep 'ihya al-mawat' dalam Islam.

Perasaan saya dengan keputusan tersebut?

Tidak ada apa-apa perasaan kerana tiada apa yang perlu disedihkan dengan kehilangan barang yang tidak pernah kita punyai.

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

ULASAN RINGKAS LUHAM KELANTAN BERKAIT ISU ‘BEKAS BANDUAN’

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”. 2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ib arat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut. 3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019). 4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-...