Jika betullah Petronas telah membayar sebanyak RM7.3 bilion sebagai wang ehsan kepada Terengganu dan jika betullah kenyataan MB Terangganu bahawa hanya RM4 billion yang diterima, maka ke manakah RM3 bilion lagi menghilang?
Saya andaikan kedua-dua persoalan di atas adalah betul kerana ianya adalah jawapan rasmi YB Menteri di Parlimen dan ianya adalah kenyataan YB Menteri Besar yang menjaga negeri. Mungkin kalau kenyataan tersebut dari YB lain, akan saya periksa sepenuh hati sebelum membuat sebarang ulasan.
Ianya timbul kerana RM7.3 bilion dan RM3 bilion adalah merupakan satu jumlah yang amat besar. Cukup untuk perbelanjaan negeri Kelantan bagi 10 tahun(?). Atau cukup untuk menyediakan prasarana rakyat jelata yang begitu tertekan dengan kenaikan segala harga barang sekarang ini.
Atas andaian jumlah tersebut betul, dengan jumlah wang yang sebegitu banyak; kenapa negeri Terengganu menduduki antara kedudukan paling tinggi dalam carta rakyat paling miskin di negara kita. Berkedudukan lebih kurang Sabah yang juga antara penerima wang ehsan hasil minyak negara. Tentu ada sesuatu yang kita sebagai rakyat biasa tidak tahu.
Persoalan kedua yang timbul adalah bagaimana pengurusan pengaliran wang ehsan tersebut dibuat, sehinggakan daripada jumlah RM7.3 bilion tersebut hanya RM4 bilion melalui pejabat kewangan negeri. Baki RM3 bilion lagi?
Saya tidak akan membuat spekulasi tentang perkara yang saya tidak pasti. Tapi apakah tohmahan-tohmahan terhadap beberapa individu semasa PRU 12 yang lalu ada asasnya? Bahawa kroni-kroni tersebut telah bermaharajalela dengan wang ehsan tersebut? Bahawa ada yang sampai terpaksa merayu-rayu untuk mendapatkan jawatannya semula?
Saya tidak akan berspekulasi. Tapi pihak yang bertanggungjawab sila siasat segara kerana rakyat tidak rela wang mereka 'diranggah' oleh 'natang'.

Comments