24.3.08

Handphone Hilang

Betullah kata-kata orang "Malang tidak berbau". Apabila dah ditakdirkan kita kehilangan sesuatu, buat macammana pun akan hilang juga. Itulah yang saya alami hari ini.

Sebenarnya sekarang ini, saya sedang berada di KLIA untuk menanti penerbangan pulang ke Kota Bharu jam 10.35 nanti. Baru sampai pagi tadi kerana ada perbincangan fail kes dengan anak guam. Setelah selesai perbincangan, saya kemudiannya melencong ke Mid Valley sambil-sambil melihat kamera baru. Jam lebih kurang pukul 6 petang, saya menyelesaikan urusan di situ dan menaiki komuter menuju ke KL Sentral.

Sebetulnya saya memang dah 'beringat', tambahan pula beberapa kali pengumuman dibuat agar berhati-hati dengan penyeluk saku. Sekejap-sekejap saya sentuh beg duit di poket belakang. Takut-takut lesap dengan penumpang pula penuh sendat dalam komuter.

Sesampainya saya di KL Sentral, selepas 5-6 langkah keluar dari pintu komuter saya rasa lain dalam poket depan kanan. Rasa ringan sahaja. Sah!! 'Handphone' hilang. Saya berpatah balik sambil mata mencari-cari tapi memang tak jumpa.

Dalam hati saya berkata-kata "memang hebat". Dalam keadaan saya yang berjaga-jaga 'dia' boleh ambil, sedangkan perjalanan lebih kurang 10 minit sahaja.

I salute you.

Hilang handphone tidaklah saya kesalkan sangat. Yang penting isi dalam handphone tersebut. Entah berapa ratus nombor serta maklumat lain termasuk temujanji
hilang begitu sahaja.

Saya difahamkan nombor handphone tersebut boleh di gunakan semula dengan gantian kad sim yang baru. Cuma yang paling lecehnya nak mendapatkan semula nombor-nombor hubungan.

Tensyen??? Adalah sikit-sikit. Nasib baik saya dah habis baca "Tasauf Moden" tulisan Hamka.

3 comments:

Anonymous said...

Innalillah,,
sabar je la,,,Ketentuan Ilahi...
ader la hikmahnyerr tu,,,

semerahjembal@yahoo.com.my

nik tihi said...

oloh2..tu buke hile semato-mato pickpocket..tp keno puka doh sikit2 tuh..

kbguy said...

I c, saya rasa ramai lagi kawan2 kita yang kena curi macam ni. Saya sungguh menyesal dengan kehilangan hp saya 2 hari lepas . Saya juga telah bayak kali "beringat" tapi hilang juga akhir. Mereka datang beramai.

Blog Widget by LinkWithin