Skip to main content

Pensyarah di USM

Alhamdulillah dalam kesibukan pilihanraya ke 12 ini, pada pagi tadi saya telah menyelesaikan jemputan menyampaikan syarahan kepada pelajar-pelajar tahun akhir Sains Forensik USM. Tajuk syarahannya berkisar berkenaan dengan asas undang-undang termasuk tatacara memberi keterangan di mahkamah dan perkara yang berkaitan dengannya.

Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tersebut bagi menyediakan mereka menjadi saksi pakar di mahkamah. Nanti tidaklah terkial-kial di kandang saksi.

Tahun ini adalah tahun ke 4 saya menjadi pensyarah jemputan. Tambahan dari tahun-tahun lepas, kali ini saya diminta untuk mengajar selama 10 jam yang dipecahkan kepada 5 sesi. Jadi ke sanalah saya pada 17/2, 19/2, 26/22, 27/2 dan hari ini 2/3/2008 jam 9-11 pagi.

Sebenarnya mengajar adalah cita-cita utama saya; lebih dari menjadi peguam. Barangkali rezeki saya bukan dalam bidang tersebut. Lalu menjadi peguamlah saya. Oleh kerana itulah dalam setiap kesempatan untuk menyampaikan kertas kerja, seminar ataupun syarahan dalam tajuk-tajuk tertentu, saya 'seakan-akan' menawarkan diri.

Sekurang-kurangnya tidaklah terkilan sangat.

Ungkapan akhir saya kepada mereka "See you in court".

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

ULASAN RINGKAS LUHAM KELANTAN BERKAIT ISU ‘BEKAS BANDUAN’

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”. 2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ib arat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut. 3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019). 4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-...