Skip to main content

Dato Zaid Ibrahim

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah di atas perlantikan Dato’ Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru. Dato’ telah menunjukkan kepada saya satu bukti hidup bahawa takdir sebenarnyaa melebihi perancangan manusia.

Apapun syabas juga kerana kenyataan awal Dato’ untuk memperbaiki sistem kehakiman dengan cadangan agar kerajaan meminta maaf kepada Tun Salleh Abas dan juga cadangan untuk meminda undang-undang anti lompat – agak berani. Walaupun saya difahamkan kemudiannya cadangan Dato’ tersebut telah dibakulsampahkan oleh kawan-kawan Dato’ sekabinet.

Sekurang-kurangnya Dato akan lebih bijak berpolitik selepas ini.

Saya teringat satu petikan akhbar New Straits Time bertarikh 6/11/2001 yang memetik kata-kata Dato’ Zaid dalam mengkritik keputusan Bar Counsil meluluskan undi tidak percaya ke atas Tun Hamid bertarikh 9/7/1988. Petikan sebahagiannya adalah sebagaimana berikut:

"Lawyers get their practising certificates signed by Tun Hamid and yet they cannot respect him. The situation has reached ridiculous proportions," he said in an interview with the New Straits Times.

"It is time for a review of the three-year motion against Tun Hamid with the aim of having it annulled accordingly. The Bar Council must get its perspective right or risk jeopardising its existence.

"The Bar Council initiated the vote of no-confidence motion against Tun Hamid after the suspension of five Supreme Court judges for their role inactions pursued after the sacking of Tun Salleh Abas as Lord President in 1988. Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, in referring to the sacking and the suspensions, had stated he had proof that the Bar Council had been spreading lies abroad on the matter.


Apa yang saya faham dari petikan berita bertarikh 6/11/2001 tersebut, Dato’ sebagai Presiden Persatuan Peguam Muslim telah menyokong keputusan kerajaan Malaysia memecat Tun Salleh Abbas dan menyokong perlantikan Tun Hamid Omar.

Soalan saya sebagai rakyat biasa: Bilakah masa Dato’ ‘bertaubat’ dari pegangan tersebut?

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m

ULASAN RINGKAS LUHAM KELANTAN BERKAIT ISU ‘BEKAS BANDUAN’

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”. 2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ib arat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut. 3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019). 4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-