5.3.08

Dakwat Terpadam Sebelum Dipadam

Berita mengejutkan tapi masih dalam jangkaan saya adalah pengumuman oleh pengerusi SPR petang semalam berkenaan dengan penggunaan dakwat jari ke atas pengundi. Tidak ada angin dan tidak ada goyangan tiba-tiba penggunaannya dibatalkan atas alasan mengelirukan pengundi terutamanya pengundi di kawasan pendalaman. Juga dikatakan terdapat khabar angin ada pihak-pihak tertentu yang telah mendapat bekalan bahan kimia untuk menghilangkan tanda dakwat.

Reaksi saya: "Poorah", bodoh punya alasan!!! Dan nampaknya rakyat sekali lagi ditipu hidup-hidup.

Sebenarnya, tatacara penggunaan dakwat ini telahpun dimasukkan ke dalam silibus kursus petugas SPR dimana bahagian kuku jari telunjuk akan dicalit sedikit dakwat sehingga kena sedikit kulit. Petugas SPR terutamanya kerani pengundian dan Ketua Tempat Mengundi telah sedia maklum tentang tatacara tersebut.

Sehingga peringkat itu semua menganggap dakwat akan digunakan. Sehingga di mana-mana sahaja kursus PACA yang saya sampaikan itulah antara soalan yang biasa ditanya.

Jawapan saya mudah sahaja. Saya tidak percaya tatacara tersebut akan digunakan kerana sehingga semalam, tatacaranya tidak pernah di'gazet'. Maksudnya tidak pernah dirasmikan oleh kerajaan.

Akhirnya, keluar pula tatacara baru bagi sesiapa yang tidak mahu jarinya dicalit iaitu mesti mengisi borang 10A sebelum diserahkan kertas undi. Nampaknya tatacara tersebut pun terbatal dengan sendiri.

Jangkaan saya akan timbul kacau bilau pada hari pengundian.

Perlu difahami bahawa ramai di antara Kerani Tempat Mengundi dan Ketua Tempat mengundi yang dilatih oleh SPR adalah 'first timer'. Malah ada di antara mereka baru sahaja layak mengundi. Dengan tatacara yang berubah-ubah tersebut, bukan setakat petugas kita marah, petugas lantikan SPR pun akan bingung.

Oleh itu saya menyeru semua petugas terutamanya PACA, mesti sentiasa peka terutamanya terhadap pengundi 'X' dalam culaan.

Kita buktikan hantupun tidak akan bolos.

1 comment:

Anonymous said...

bETUL..BETUL..BETUL

Blog Widget by LinkWithin