Skip to main content

Dakwat Terpadam Sebelum Dipadam

Berita mengejutkan tapi masih dalam jangkaan saya adalah pengumuman oleh pengerusi SPR petang semalam berkenaan dengan penggunaan dakwat jari ke atas pengundi. Tidak ada angin dan tidak ada goyangan tiba-tiba penggunaannya dibatalkan atas alasan mengelirukan pengundi terutamanya pengundi di kawasan pendalaman. Juga dikatakan terdapat khabar angin ada pihak-pihak tertentu yang telah mendapat bekalan bahan kimia untuk menghilangkan tanda dakwat.

Reaksi saya: "Poorah", bodoh punya alasan!!! Dan nampaknya rakyat sekali lagi ditipu hidup-hidup.

Sebenarnya, tatacara penggunaan dakwat ini telahpun dimasukkan ke dalam silibus kursus petugas SPR dimana bahagian kuku jari telunjuk akan dicalit sedikit dakwat sehingga kena sedikit kulit. Petugas SPR terutamanya kerani pengundian dan Ketua Tempat Mengundi telah sedia maklum tentang tatacara tersebut.

Sehingga peringkat itu semua menganggap dakwat akan digunakan. Sehingga di mana-mana sahaja kursus PACA yang saya sampaikan itulah antara soalan yang biasa ditanya.

Jawapan saya mudah sahaja. Saya tidak percaya tatacara tersebut akan digunakan kerana sehingga semalam, tatacaranya tidak pernah di'gazet'. Maksudnya tidak pernah dirasmikan oleh kerajaan.

Akhirnya, keluar pula tatacara baru bagi sesiapa yang tidak mahu jarinya dicalit iaitu mesti mengisi borang 10A sebelum diserahkan kertas undi. Nampaknya tatacara tersebut pun terbatal dengan sendiri.

Jangkaan saya akan timbul kacau bilau pada hari pengundian.

Perlu difahami bahawa ramai di antara Kerani Tempat Mengundi dan Ketua Tempat mengundi yang dilatih oleh SPR adalah 'first timer'. Malah ada di antara mereka baru sahaja layak mengundi. Dengan tatacara yang berubah-ubah tersebut, bukan setakat petugas kita marah, petugas lantikan SPR pun akan bingung.

Oleh itu saya menyeru semua petugas terutamanya PACA, mesti sentiasa peka terutamanya terhadap pengundi 'X' dalam culaan.

Kita buktikan hantupun tidak akan bolos.

Comments

Anonymous said…
bETUL..BETUL..BETUL

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m

ULASAN RINGKAS LUHAM KELANTAN BERKAIT ISU ‘BEKAS BANDUAN’

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”. 2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ib arat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut. 3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019). 4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-