Skip to main content

Tarikh Pilihanraya Baru

Perlembagaan Persekutuan pada perkara 55(3) menetapkan tempoh hayat sesi Parlimen adalah selama 5 tahun dari mesyuarat pertamanya melainkan dibubarkan terlebih dahulu oleh Yang DiPertuan Agong. Manakala pilihanraya pula hendaklah diadakan dalam 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut dan sesi parlimen seterusnya hendaklah dimulakan tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran itu (Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan.

Sepanjang penelitian saya berkenaan dengan undang-undang Pilihanraya di Malaysia itulah satu-satunya peruntukan berkenaan dengan kekerapan pilihanraya boleh diadakan di mana secara ringkasnya ia mesti di adakan selewat-lewatnya dalam tempoh 5 tahun selepas pilihanraya terakhir. Parlimen boleh terbubar dengan sendiri sekiranya tidak dibubarkan.

Itulah undang-undangnya. Tidak ada yang lain. Semua pihak kena ikut peraturan tersebut selagi perlembagaan tidak dipinda.
Kenapa saya timbulkan isu ini yang mungkin sudah tidak relevan lagi selepas pilihanraya baru-baru ini?

Sebenarnya saya sudah meluat, boring, rasa nak muntah dengan isu-isu politiking selepas pilihanraya seperti pembentukan kerajaan baru PR - mula-mula bulan Mei lepas tu 16 September dan macam-macam tarikh lagi -, isu lompat melompat dan sebagainya. Dan setiap kali itulah indeks KLSE merudum.

Tolonglah!!! Pilihanraya dah lepas, cukuplah kita berpolitiking. Tanah air kita hanya satu sahaja, tidak ada yang lain. Banyak lagi isu lain seperti isu ekonomi, pendidikan dan sosial yang boleh dijadikan isu. Cuma tolong jangan timbulkan isu peralihan kuasa dengan cara melompat. Tunggulah pilihanraya akan datang, kerja lebih keras lagi. Insya Allah menang.

Berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan tersebut, saya mencadangkan apalah sekiranya semua pihak menjadi 'gentlement'. Maksud saya bagi pihak kerajaan; tarikh pilihanraya di tetapkan awal-awal lagi dalam tempoh 5 tahun akan datang. Tentukan terus tarikh pembubaran parlimen, tarikh penamaan calon serta tarikh pengundian. Kemudian buatkan satu undang-undang khusus, parti-parti hanya boleh berkempen secara rasmi hanya dalam tempoh setahun sebelum tarikh pilihanraya yang telah ditetapkan dari awal.

Nanti tidaklah terlalu politiking sangat sehingga menyebabkan saya rasa nak muntah.

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...