Tapi di mana ye?
Selepas memilih lauk di kaunter, lelaki tersebut terus ke meja makan sambil saya terus memeras ingatan apabila kami saling berpandangan dan tersenyum dan mengangkat tangan menyapa. Pada ketika itulah saya teringat bahawa beliau adalah Dato' Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan.
Ya Allah!! Malunya saya kerana tidak kenal beliau dan tidak mengambil inisiatif untuk menegur beliau terlebih dahulu. Dan memang itulah antara kelemahan saya, payah mengingati muka seseorang apatahlagi kalau orang-orang besar.
Yang menyebabkan saya terlebih tidak mengecamnya kerana otak saya tidak menyediakannya untuk bertemu pemimpin nombor dua negeri untuk makan di kedai seperti itu. Kedainya 'macamtulah'. Tempat-tempat marhaen menjamu selera.
Saya perhatikan sifatnya betul-betul sebagaimana yang digambarkan oleh Ustaz Nik Abduh dalam blognya. Saya pohon izin untuk memetiknya dalam bahasa asal:
Saya pun tumpang mendoakan begitu juga."Ayahanda sentiasa menakjubkan. Keesokannya beliau terus masuk pejabat selepas menziarahi Yang Berhormat Dato TMB, Ustaz Ahmad bin Yaakob di rumahnya yang sedang berehat akibat serangan jantung sebaik sebelum ayahanda berlepas ke tanah suci. Ustaz Ahmad Yaakob adalah anak kepada seorang tuan guru yang menjadi timbalan dan pembantu kanan ayahanda selepas Dato Abdul Halim Abdul Rahman.
Ayahanda sering memuji keberkesanannya menjalankan tugas. Beliau seorang yang wara’ dan cukup berakhlak. Kita jarang menemui pemimpin yang dipuji akhlak dan sifat wara’nya oleh rakyat. Ustaz ahmad Yaakob menikmati kelebihan ini selepas ayahanda. Semoga Allah mengurniainya kesihatan yang baik untuk kekal membantu ayahanda dan menyumbang untuk perjuangan Islam."
Comments
rindu sungguh saya pada nasi sumatera itu...Ada lagi rupanya.