Demikian kata-kata salah seorang pimpinan Muslimat dalam ucapan penangguhan Muktamar Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan di Putik Sabtu lepas.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa orang pimpinan Pas termasuk Exco dan wakil rakyat yang menambah 'cawangan' tanpa memikirkan akibatnya kepada parti.
Ulasan saya:
Ianya juga bukan Munajat Tok Guru. Ia adalah hasrat individu dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalang sekiranya telah cukup syarat dan kemampuan untuk berpoligami. Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, berkahwinlah sampai penuh kouta pun, tidak mengapa asalkan syarak, undang-undang dan moral membolehkannya.
Macam kisah Abang Mat Nor dan Abang Ariff di Kuala Terengganu, tiada masalah sehinggakan isteri-isteri yang ada bersetuju dengan pilihan suami masing-masing untuk mencukupkan kouta. Soal nak bagi atau tidak itu terserah kepada Mahkamah menentukannya.
Yang jadi persoalannya adalah kita di Negeri Kelantan. Pemimpin pula tu. Poligami tanpa izin satu hal, diceraikan tanpa kebenaran satu hal, rakyat asing satu hal; ketidakupayaan mendidik isteri (bekas?) berpakaian menutup aurat adalah merupakan sesuatu perkara yang dinilai oleh masyarakat umum, sedangkan kita adalah pemimpin parti Islam.
Saya juga percaya, isteri-isteri kedua dan ketiga tersebut tentunya lebih sedap ditengok mata daripada isteri pertama. Muda, seksi, bergaya, ada passport luar negara dan sebagainya yang tidak ada pada isteri pertama. Kalau isteri pertama dahulu dikahwini semasa susah, tidak berjawatan besar tentulah isteri-isteri baru ini dikahwini ketika mereka telah beroleh kejayaan dalam hidup. Sudah ada kereta sendiri mahupun kereta rasmi, sudah banyak produk sahamnya di syarikat-syarikat saham dan amanah.
Pendek kata tiada gadis yang akan menolak walaupun diri sudah mulai tua.
Sedangkan di kalangan Muslimat sendiri masih ada yang belum berkahwin termasuk pimpinan dewan. Apa salahnya mereka itu disunting sebagai suri hidup. Orang kita sendiri, sama makan budu, berbicara nada yang sama dan dapat pahala lagi (!). Dan yang penting, poligami tersebut dapat didaftarkan dengan teratur di pejabat agama.
Kesimpulan saya:

- Badan Perhubungan Pas Negeri perlu membuat pemantauan, perbersihan terhadap gejala ini tanpa memilih bulu. Kita baru selesai pilihanraya. Pilihanraya ke 13 lambat lagi sempat untuk membuat tarbiah dalaman.
- Lajnah Baitul Muslim (Sahabat saya Ust Nik Abduh salah seorang jawatankuasanya) perlu lebih cergas memantau gejala tersebut. Mungkin boleh mengesyorkan kepada Badan Perhubungan agar mensyaratkan kalangan pimpinan yang ingin berkahwin lagi mendapat pengesahan lajnah terlebih dahulu.
Comments