Skip to main content

'Bukan Munajat Muslimat'

Demikian kata-kata salah seorang pimpinan Muslimat dalam ucapan penangguhan Muktamar Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan di Putik Sabtu lepas.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa orang pimpinan Pas termasuk Exco dan wakil rakyat yang menambah 'cawangan' tanpa memikirkan akibatnya kepada parti.

Ulasan saya:

Ianya juga bukan Munajat Tok Guru. Ia adalah hasrat individu dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalang sekiranya telah cukup syarat dan kemampuan untuk berpoligami. Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, berkahwinlah sampai penuh kouta pun, tidak mengapa asalkan syarak, undang-undang dan moral membolehkannya.

Macam kisah Abang Mat Nor dan Abang Ariff di Kuala Terengganu, tiada masalah sehinggakan isteri-isteri yang ada bersetuju dengan pilihan suami masing-masing untuk mencukupkan kouta. Soal nak bagi atau tidak itu terserah kepada Mahkamah menentukannya.

Yang jadi persoalannya adalah kita di Negeri Kelantan. Pemimpin pula tu. Poligami tanpa izin satu hal, diceraikan tanpa kebenaran satu hal, rakyat asing satu hal; ketidakupayaan mendidik isteri (bekas?) berpakaian menutup aurat adalah merupakan sesuatu perkara yang dinilai oleh masyarakat umum, sedangkan kita adalah pemimpin parti Islam.

Saya juga percaya, isteri-isteri kedua dan ketiga tersebut tentunya lebih sedap ditengok mata daripada isteri pertama. Muda, seksi, bergaya, ada passport luar negara dan sebagainya yang tidak ada pada isteri pertama. Kalau isteri pertama dahulu dikahwini semasa susah, tidak berjawatan besar tentulah isteri-isteri baru ini dikahwini ketika mereka telah beroleh kejayaan dalam hidup. Sudah ada kereta sendiri mahupun kereta rasmi, sudah banyak produk sahamnya di syarikat-syarikat saham dan amanah.

Pendek kata tiada gadis yang akan menolak walaupun diri sudah mulai tua.

Sedangkan di kalangan Muslimat sendiri masih ada yang belum berkahwin termasuk pimpinan dewan. Apa salahnya mereka itu disunting sebagai suri hidup. Orang kita sendiri, sama makan budu, berbicara nada yang sama dan dapat pahala lagi (!). Dan yang penting, poligami tersebut dapat didaftarkan dengan teratur di pejabat agama.


Kesimpulan saya:
  • Badan Perhubungan Pas Negeri perlu membuat pemantauan, perbersihan terhadap gejala ini tanpa memilih bulu. Kita baru selesai pilihanraya. Pilihanraya ke 13 lambat lagi sempat untuk membuat tarbiah dalaman.
  • Lajnah Baitul Muslim (Sahabat saya Ust Nik Abduh salah seorang jawatankuasanya) perlu lebih cergas memantau gejala tersebut. Mungkin boleh mengesyorkan kepada Badan Perhubungan agar mensyaratkan kalangan pimpinan yang ingin berkahwin lagi mendapat pengesahan lajnah terlebih dahulu.
Sesuatu harus dilakukan untuk mengelakkan muslimat berhenti bermunajat.

Comments

Anonymous said…
Ehmmmm, muslimat memang macam tu!!!!!
Anonymous said…
Abih nak cadang macam mana? Nak pecat?

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m

Catatan Terakhir Sebelum Berangkat

Saya kira entri ini adalah yang terakhir sebelum menjelangnya tahun baru. Saya mohon untuk mengundurkan diri barang seketika dari dunia siber. Mohon diberi kekuatan untuk menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. Jika saudara pernah membaca catatan saya bertarikh 1.1.2008 dahulu, tentu saudara faham maksud saya. Alhamdulillah dan Insya Allah, saya dan Ummi adalah antara 27,000 rakyat Malaysia yang di beri kouta untuk mengerjakan Haji musim 1429 hijrah ini. Kami akan bertolak ke sana pada 8 November dan dijadulkan balik semula pada 24 Disember 2008. Antara takut dan harap. Itulah perasaan saya ketika ini. Takut; apakah penyerahan diri ini akan diterima Allah, dan harap; semoga dikurniakan haji yang mabrur. Dan tentunya doa dari kalian saya tagih sebagai penambah bekalan ke sana. Esok, saya dan Ummi akan mula bercuti dari kerja-kerja pejabat. Hasratnya selain menyiapkan bekalan fizikal adalah untuk berkunjung ke rumah saudara-mara yang keuzuran, bertemu mata; entah-entah kali terakhir (samada m