26.6.08

Timbalan Menteri Pun Porah Juga

Saya ingat dah selesai isu 'porah' 'memporah'. Walaupun semalam beberapa badan hak asasi wanita (?) termasuk Sister In Islam dan beberapa individu yang sewaktu dengannya menyelar tindakan MPKB BRI dalam isu gincu dan kasut bertumit tinggi; saya tidak menghiraukannya kerana tindakan dan kenyataan mereka selama ini punmemang seperti itu - puak-puak porah-.

Setiap kali keluar isu berkaitan Islam merekalah seolah-olah juara mempertahankan hak asasi wanita negara. Tidak apalah, kerana mereka memang ditakdirkan macam itu.

Tapi apabila keluar berita ini dalam MStar Online:

Mashitah selar pengharaman gincu dan tumit tinggi
25-06-2008 09:26:25 PM
Oleh NURUL AIN HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim hari ini menyelar tindakan Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengharamkan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi Isnin lalu.

Menurut Mashitah, tindakan tersebut adalah tidak wajar kerana masih terdapat banyak cara lain yang boleh digunakan untuk mengelakkan berlakunya masalah sosial yang tidak diingini.

“Adalah tidak wajar tindakan MPKB-BRI mengharamkan pemakaian gincu dan tumit tinggi.

“Mereka sepatutnya melaksanakan sistem yang berpandukan ajaran Islam dan bukan mengambil tindakan mendenda untuk menyelesaikan masalah tersebut,” kata Mashitah selepas merasmikan upacara penutup seminar 'Isu-isu semasa Tamadun Ummah peringkat Kebangsaan' di sini hari ini.

Mashitah yang juga bekas ahli Parlimen Baling berkata, Islam sendiri tidak pernah menegah umatnya berpakaian cantik. Jadi, kenapa mereka (MPKB-BRI) perlu menegah wanita bersolek.

“Dalam Islam sendiri turut menyatakan apa yang kita pakai adalah kerana ketakwaan kita kepada Allah.”

Tegasnya, tindakan mendenda dan memaksa ini bukanlah satu cadangan yang sesuai untuk dilaksanakan kerana ia bergantung kepada keadaan pekerjaan wanita itu sendiri.


“Saya rasa tindakan mereka (MPKB-BRI) ini bercanggah dengan status mereka sebagai bandar raya Islam yang sering diperkatakan sebelum ini,” katanya.



Saya terus jadi marah. Nampak sangat Timbalan Menteri kita kurang cerdik. Lainkali bacalah dulu, siasat betul-betul adakah berita asalnya betul atau tidak. Ini pakai hentam sahaja dalam membuat ulasan.



(Entah darimana dapat Phdnya itu?......)


Ingin saya tegaskan, tidak ada pengharaman pemakaian gincu dan kasut bertumit tinggi di Kota Bharu. Kalau tidak percaya datanglah sendiri ke sini, tengok macammana perempuan Kelantan bergaya. Kadang-kadang lebih dari mak-mak datin di Kuala Lumpur.


Begitu juga tentang kenyataan Dr. Mashitah berkenaan dengan ketakwaan dalam berpakaian. Kenyataan dalam berita tersebut adalah menyimpang dari konteksnya yang sebenar. Betul takwa adalah perkara utama, tapi kalau berpakaian sudah tidak menunjukkan ketakwaan, bolehkah takwa kepada Allah tercapai?


Kalau begitu telanjang ajelah untuk menunjukkan 'pakaian takwa' tersebut.


Saya rasa, lebih baik Dr Mashitah menggunakan peluang yang ada sebagai Timbalan Menteri ini untuk menasihati anggota polis supaya tidak menyaman pemakai serban bagi menggantikan topi keledar.

6 comments:

Hashim said...

Dr MAsitah Pelacur murahan Umno.
Bole melacur untuk cari makan.
So what you expect from Her?

Nik Bahrum Bin Nik Abdullah said...

Saya tidaklah sampai mengatakan begitu dan saya tidak mungkin menggunakan perkataan itu.

RinG said...

apa la masitah nih.. tp saya x porah dia, saya, piiirah.. die xtau ke kasut tumit tinggi tu memberi kesan negatif kat badan? bukan ke ni dah kire menzalimi badan dan Islam menegah umatnya berkelakuan begitu.. masitah ni xtau la nk jd apa.. dia patot back-up bdk skolah pondok.. tu tugas sbnr die.. bkn nk jd juara sapa btol dlm agama, tp nk back-up agama..

farimi said...

Eheh.. lerr.. nak gelak ke tak nak gelak ni? Kalau nak gelak.. memang tak lucu sebab dah tau dah set-set tuh memang phd jer ada akai tarak! Buat apa nak gelak kat orang tarak akai kan? kalau tak gelak rasa cam lucu pulak. .. orang tarak akai pun boleh jadi timbalan menteri....

Sang Kidal said...

Maha shit tah? hahaha..tak der sapa dah nak dengar bila dia mengembeeek skrang..tue yang dia nak show off tue..Dasar Politikus murahan

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah said...

Dr. Mashitah tu pakai main hentam je. Alaa.. kalau tanya budak-budak UIA dan mana-mana student dia pun tahu macam mana Dr. Mashitah ni. Masa forum kat UIA dulu pun, kalut Dato Abu Hassan Din al-Hafiz dan seorang lagi ahli penal memperbetulkan jawapan yang dia beri. Entah la..rasa macam tak percaya pula dia ada Phd. Kalau tak silap dalam bidang hadis pulak tu!

Blog Widget by LinkWithin