Setiap kali keluar isu berkaitan Islam merekalah seolah-olah juara mempertahankan hak asasi wanita negara. Tidak apalah, kerana mereka memang ditakdirkan macam itu.
Tapi apabila keluar berita ini dalam MStar Online:
Mashitah selar pengharaman gincu dan tumit tinggi
25-06-2008 09:26:25 PM
Oleh NURUL AIN HUSSAINKUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim hari ini menyelar tindakan Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengharamkan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi Isnin lalu.
Menurut Mashitah, tindakan tersebut adalah tidak wajar kerana masih terdapat banyak cara lain yang boleh digunakan untuk mengelakkan berlakunya masalah sosial yang tidak diingini.
“Adalah tidak wajar tindakan MPKB-BRI mengharamkan pemakaian gincu dan tumit tinggi.
“Mereka sepatutnya melaksanakan sistem yang berpandukan ajaran Islam dan bukan mengambil tindakan mendenda untuk menyelesaikan masalah tersebut,” kata Mashitah selepas merasmikan upacara penutup seminar 'Isu-isu semasa Tamadun Ummah peringkat Kebangsaan' di sini hari ini.
Mashitah yang juga bekas ahli Parlimen Baling berkata, Islam sendiri tidak pernah menegah umatnya berpakaian cantik. Jadi, kenapa mereka (MPKB-BRI) perlu menegah wanita bersolek.
“Dalam Islam sendiri turut menyatakan apa yang kita pakai adalah kerana ketakwaan kita kepada Allah.”
Tegasnya, tindakan mendenda dan memaksa ini bukanlah satu cadangan yang sesuai untuk dilaksanakan kerana ia bergantung kepada keadaan pekerjaan wanita itu sendiri.
“Saya rasa tindakan mereka (MPKB-BRI) ini bercanggah dengan status mereka sebagai bandar raya Islam yang sering diperkatakan sebelum ini,” katanya.
Saya terus jadi marah. Nampak sangat Timbalan Menteri kita kurang cerdik. Lainkali bacalah dulu, siasat betul-betul adakah berita asalnya betul atau tidak. Ini pakai hentam sahaja dalam membuat ulasan.
(Entah darimana dapat Phdnya itu?......)
Ingin saya tegaskan, tidak ada pengharaman pemakaian gincu dan kasut bertumit tinggi di Kota Bharu. Kalau tidak percaya datanglah sendiri ke sini, tengok macammana perempuan Kelantan bergaya. Kadang-kadang lebih dari mak-mak datin di Kuala Lumpur.
Begitu juga tentang kenyataan Dr. Mashitah berkenaan dengan ketakwaan dalam berpakaian. Kenyataan dalam berita tersebut adalah menyimpang dari konteksnya yang sebenar. Betul takwa adalah perkara utama, tapi kalau berpakaian sudah tidak menunjukkan ketakwaan, bolehkah takwa kepada Allah tercapai?
Kalau begitu telanjang ajelah untuk menunjukkan 'pakaian takwa' tersebut.
Saya rasa, lebih baik Dr Mashitah menggunakan peluang yang ada sebagai Timbalan Menteri ini untuk menasihati anggota polis supaya tidak menyaman pemakai serban bagi menggantikan topi keledar.
Comments
Bole melacur untuk cari makan.
So what you expect from Her?