Skip to main content

Krisis Kehakiman Lagi?

Jika betullah sebagaimana kenyataan Datuk Ian HC Chin, Hakim Mahkamah Tinggi Sibu semalam sebelum memulakan kes petisyen Pilihanraya Parlimen Sarikei bahawa mantan Perdana Menteri pernah membuat ancaman untuk memecat hakim jika penghakiman tidak berpihak kepada kerajaan. Dan jika betul dakwaan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Ismail bahawa beliau mengetahui ada rakan setugasnya merungut kerana diganggu 'orang politik' dalam urusan kehakiman; maka saya merasakan sudah sampai masanya kerajaan melaksanakan sepenuhnya gagasan reformasi badan kehakiman negara.

Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, badan kehakiman adalah sebuah badan yang tersendiri serta berkuasa untuk menjalan tugasannya dibawah kuasa perlembagaan, maka tidak sayugia sebuah badan yang begitu hebat, boleh diperkotak-katik dan dimanipulasi oleh elemen lain kerajaan khususnya eksekutif.

Tapi hakikatnya itulah yang berlaku; bermula dengan krisis kehakiman 1988 dengan pemecatan ketua hakim negara, pendedahan Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang dan kes video klip Linggam (sekadar menyebut beberapa kes), menunjukkan bahawa krisis kehakiman negara berada pada tahap yang amat meruncing sekali.

Dakwaan terbaru tersebut, seharusnya ditangani segera. Ia adalah dakwaan rasmi yang dibuat oleh seorang hakim dalam sebuah prosiding kehakiman. Cubaan mengatur keputusan kes terutamanya yang melibatkan kerajaan adalah keputusan bacul dan terkutuk.

Saya percaya, selain pendedahan terbaru ini, terdapat banyak lagi 'bangkai-bangkai gajah' yang ditutup dengan nyiru, menanti masa untuk membusuk.

Sesuatu harus dilakukan untuk mengembalikan sistem kehakiman negara ke tempat asalnya. Sekurang-kurangnya perlu ada yang berani untuk mendedahkannya sebagaimana Hakim Datuk Ian tersebut.

Nota keterangan prosiding tersebut boleh diikuti di sini: http://www.malaysiakini.com/doc/Notes_of_proceedings.pdf

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...