8.6.08

Mesyuarat Agung PAS Pengkalan Chepa ke 36

Alhamdulillah dengan izin Allah, semalam selesailah sudah tanggungjawab di bawah pasal 18 Perlembagaan Pas bagi tahun 2008. Dengan kehadiran lebih 90 peratus perwakilan dari 67 cawangan, ianya telah dirasmi tutup oleh YB Hj. Mahfuz Omar pada pukul 1.45 petang.
Mesyuarat Agung tersebut telah mencatat sejarah bagi PAS Pengkalan Chepa kerana buat kali pertama dalam sejarah 36 tahunnya, ia berjaya mengadakan Mesyuarat Agung di premisnya sendiri iaitu di Dewan Pak Nik Lah, Kompleks Purnama.
Mesyuarat tersebut telah bermula pada pukul 8.45 pagi dan berakhir jam 12.45 tengahari sebelum diteruskan dengan majlis perasmian tutup oleh YB Ketua Penerangan PAS Pusat. Mesyuarat juga telah meluluskan satu usul yang ditujukan kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berkaitan tanah wakaf.

Secara keseluruhannya, mesyuarat tersebut berjalan lancar tanpa apa-apa insiden yang tidak boleh diatasi.
Oh yaaa...!! Sebagaimana dapat dilihat pada gambar-gambar di atas, Pengerusi Tetapnya yang pertama menjalankan tugas di dewan baru tersebut...sayalah.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin