Skip to main content

Ke Negeri Di Bawah Bayu

Sekarang saya tinggalkan sekejap dunia politik dan isu-isu berkaitan untuk menjalankan tanggungjawab yang di berikan ibu bapa kepada saya.

Sebagaimana yang telah saya maklumkan sebelum ini, sejak semalam lagi saya sudah berada di Sabah Negeri Bawah Bayu bertujuan untuk menghantar adik Nik Nur Syuhada ke UMS. Saya berdua saja dengannya kerana Ummi dan ahli keluarga yang lain ada beberapa urusan yang tidak kurang pentingnya.

Ummi ke Batu Melintang semalam dengan keluarga di Chicha manakala Che, Ayah dan Awie telah ke Sungai Petani sejak hari Khamis kerana menghadiri mesyuarat. Pagi ni mereka akan keTerengganu pula untuk menghantar Nik Nur Atikah ke UiTM Kuala Terengganu di Chendering. Nasib baik dekat.

Saya belum dapat mengulas panjang berkenaan beberapa perkara yang saya perhatikan di Sabah, kerana hanya pada pukul 8.00 malam baru dapat merebahkan badan ke katil di Promenade Hotel. Mungkin sebab lewat daftar saya di letakkan di tingkat sebelas hotel. Hari ini mungkin kena pindah bilik pula.

Apapun perkara pertama saya buat pagi ini adalah sembahyang Subuh pukul 5.15, tapi dah nak nampak macam sudah cerah dekat luar. Oh ya... waktu solat di sini lebih kurang sejam lebih awal.

Saya sudah menyewa sebuah kereta. Hari ini nak ronda-ronda kawasan berdekatan.Kalauada perkara menarik Insya Allah, akan saya masukkan di sini.

Dekat mana nak beli mutiara?

Comments

Anonymous said…
mutiara banyak kat sebelah utara sabah~
Anonymous said…
d0nt f0rget me~..he3~
Semerah Jembal said…
mutiara belana dekat panchor ngan hypermarket kala chepo..
Bas mutiara
owh..selamat datang ke Sabah,saya KElantan Blogger jugok tp bermastautim di Keningau, Sabah. KAlau nak beli mutiara beli la dekat Pasat Filipina...tak jauh sgt dengan Promenade Hotel tu...jalan kaki jer,in fact, kalau bilik hotel sedara mengadap laut, bulih nampak Pasar Filipina tu....kalau tny pekerja Promenade pon bulih....okay!
maya_suzanne said…
hehehe..saya pun nak jugak!
O.K. Dah beli sorang satu. Pergi satu beg balik dua beg. Habis duit dekat pasar Filipina aje.

Sebagaimana yang diberitahu oleh Mr and Mrs Mokhsin, pasar tu dekat aje. Infact saya sepagi kelmarin berjalan kaki mengelilingi Bandaraya KK. Petang tu batu bawa kereta yang di sewa. Apa punya rugi.

Anyway, KK banyak berbeza dari kunjungan saya 20 tahun lalu.

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...