Skip to main content

Lihat Siapa Yang Makan Di Kedai Itu...

Semasa saya dan Ummi sedang menikmati makan tengahari di Kedai Makan Sumatera hadapan Arked MPKB tengahari tadi, tiba-tiba masuklah seseorang yang seakan pernah dilihat wajahnya.

Tapi di mana ye?

Selepas memilih lauk di kaunter, lelaki tersebut terus ke meja makan sambil saya terus memeras ingatan apabila kami saling berpandangan dan tersenyum dan mengangkat tangan menyapa. Pada ketika itulah saya teringat bahawa beliau adalah Dato' Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan.

Ya Allah!! Malunya saya kerana tidak kenal beliau dan tidak mengambil inisiatif untuk menegur beliau terlebih dahulu. Dan memang itulah antara kelemahan saya, payah mengingati muka seseorang apatahlagi kalau orang-orang besar.

Yang menyebabkan saya terlebih tidak mengecamnya kerana otak saya tidak menyediakannya untuk bertemu pemimpin nombor dua negeri untuk makan di kedai seperti itu. Kedainya 'macamtulah'. Tempat-tempat marhaen menjamu selera.
Saya perhatikan sifatnya betul-betul sebagaimana yang digambarkan oleh Ustaz Nik Abduh dalam blognya. Saya pohon izin untuk memetiknya dalam bahasa asal:

"Ayahanda sentiasa menakjubkan. Keesokannya beliau terus masuk pejabat selepas menziarahi Yang Berhormat Dato TMB, Ustaz Ahmad bin Yaakob di rumahnya yang sedang berehat akibat serangan jantung sebaik sebelum ayahanda berlepas ke tanah suci. Ustaz Ahmad Yaakob adalah anak kepada seorang tuan guru yang menjadi timbalan dan pembantu kanan ayahanda selepas Dato Abdul Halim Abdul Rahman.

Ayahanda sering memuji keberkesanannya menjalankan tugas. Beliau seorang yang wara’ dan cukup berakhlak. Kita jarang menemui pemimpin yang dipuji akhlak dan sifat wara’nya oleh rakyat. Ustaz ahmad Yaakob menikmati kelebihan ini selepas ayahanda. Semoga Allah mengurniainya kesihatan yang baik untuk kekal membantu ayahanda dan menyumbang untuk perjuangan Islam."

Saya pun tumpang mendoakan begitu juga.

Comments

Admin said…
ya rabb..

rindu sungguh saya pada nasi sumatera itu...Ada lagi rupanya.

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...