Antara matapelajaran di universiti yang melekat dalam benak saya sehingga sekarang adalah Law & Society. Entah kenapa saya begitu teruja dengan subjek tersebut. Mungkin kerana pengajarnya; Datuk Nik Abdul Rashid yang pandai mengajar atau kerana ia adalah satu-satunya subjek yang tidak perlu membaca buku teks? Wallahu a'lam. Tapi hakikatnya dalam setiap kesempatan yang saya ada, gagasan me'rakyat'kan undang-undang sentiasa menjadi agenda saya. Misalnya dalam kelas Psikologi Forensik USM; semenjak lima tahun lepas, syarahan saya sentiasa berkisar dalam gagasan tersebut. Begitu juga dalam jemputan untuk menyampaikan syarahan berkenaan dengan undang-undang kepada massa; selain isi syarahan yang menyentuh topik yang diberikan, tumpuan saya adalah bagaimana untuk menjadikan subjek undang-undang itu dapat dihayati dengan mudah hatta oleh makcik-makcik di kampung. Saya sedar, subjek undang-undang agak susah untuk dibincangkan dengan massa. Ada sahaja cabarannya. Syarahan yang s...
Seorang anak kepada ayah dan ibu, suami kepada seorang isteri, ayah kepada 4 orang anak, rakan kongsi kepada sebuah firma guaman dan antara penghuni Al-Khazaain. Nik Abdullah, Nik Syamsiah, Khairiah, Noriah, Nik Madiha, Nik Madhi, Nik Majida, Nik Majdi, Nik Mariha, Nik Maher, Nik Mursyida dan Nik Musliha adalah antara sumber inspirasi. Al-Khazaain ditujukan kepada mereka. Juga untuk sesiapa sahaja yang sudi menatap dan terbuka untuk menegur dan ditegur. Semoga diberkati Allah selamanya.