Skip to main content

Posts

ULASAN RINGKAS LUHAM KELANTAN BERKAIT ISU ‘BEKAS BANDUAN’

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”. 2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ib arat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut. 3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019). 4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-...
Recent posts

Balasungkawa : Gus Dur

KIYAI Haji Abdurrahman Wahid yang mesra disapa Gus Dur telah meninggalkan Indonesia dengan segala sejarahnya. Beliau terkenal sebagai salah seorang tokoh nasional yang banyak mewarnai perjalanan bangsa Indonesia pelbagai kaum. Bukan saja Gus Dur membawa idea luar biasa tapi tokoh agama ini juga pernah menimbulkan kontroversi ketika beliau bergelar Presiden apabila ideanya membuka hubungan diplomatik dengan Israel. Hal ini menjadi salah satu gagasan yang membuat beliau dikritik hebat oleh sekelompok pertubuhan Islam di Indonesia. Cucu ulama besar KH Hasyim Asy'ari ini juga pernah disifatkan sebagai 'wali' dan dilantik menjadi Ketua Nahdlatul Ulama dan menubuhkan Parti Kebangkitan Bangsa atau PKB pada era reformasi. Kini telah pulang ke rahmatullah tokoh politik yang disayangi jutaan rakyat Indonesia. Gus Dur meninggal dunia pada Rabu (30/12/2009) sekitar pukul 6.45 petang (waktu Jakarta), 7.45 petang (waktu Malaysia) di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM) setelah semp...

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Minta Maaf Sebagai Jalan Pertama

Saya percaya sudah sampai masanya Jabatan Kehakiman Syariah Pahang meminta maaf terhadap kecelaruan yang timbul dari kes Puan Kartika. Secara khususnya terhadap Puan Kartika sendiri yang diperlakukan seperti bola - ditendang ke sana ke sini- dan juga secara amnya terhadap seluruh umat Islam yang perihatin terhadap perlaksaaan undang-undang syariah di negara ini. Saya katakan begini kerana saya percaya dengan sepenuh hati kebolehan syariat Islam mengawal kemaslahatan rakyat. Bagi saya Syariat Islam yang diturunkan Allah adalah untuk menjaga sekurang-kurangnya lima kemaslahatan umat; agama, nyawa, kemulian, keturunan dan harta. Dalam menjaga kemaslahatan tersebut, disamping tarbiah yang berbentuk pengajaran, Nabi Muhammad SAW juga mentarbiah ummat secara hukuman. Samada pengajaran atau hukuman dijadikan cara pertama atau yang terakhir, apa yang penting juga adalah tanggungjawan pihak berkuasa untuk 'sadd azzaraaig', iaitu proses mencegah daripada berluasanya perkara yang tidak e...

ISA - Kenangan 49 Tahun Yang Lampau

BERIKUT adalah sedutan ucapan Ahli Parlimen Bachok yang juga Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Zulkiflee Muhammad ketika bangun membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960. Tuan Yang Dipertua, di hadapan kita ini ada satu Rang Undang-undang yang bertujuan hendak memerangi subversif, dan di-dalam Undang-undang ini ada beberapa peraturan yang ditujukan kapada maksud itu. Tuan Yang Dipertua, saya bangun di sini menyokong undang-undang ini. Tetapi saya hendak menceritakan beberapa perkara yang ada di-dalam Undang-undang ini yang pada fikiran saya akan boleh menimbulkan kepayahan dan kesusahan dan akan boleh digunakan bagi maksud yang lain daripada maksud yang asal Undang-undang ini. Tadi, Timbalan Perdana Menteri (Tun Abdul Razak Hussain) sudah memberikan fikirannya dan di dalam ucapannya yang panjang itu dia telah memberi satu tegasan mengatakan bahawa Undang-undang ini tidak dimaksudkan untuk mencengkam kebebasan dan demokrasi di d...