Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2008

SIBUK

Agak lama saya tidak menyilau blog ni. Nampaknya banyak perkara juga yang telah terjadi sejak posting terakhir 10/1/2008 dahulu. Antaranya: 1. Wawancara saya dengan Wasilah sudah disiarkan dalam Mingguan Wasilah keluaran 13-19 Januari 2008 pada mukasurat 28 hingga 29. Gambar warna lagi. Tajuknya "Kes Subashini: Bukan perbalahan Islam & Bukan Islam. Saya pun sebenarnya hanya sedar bila seorang kawan - Zamri - yang telefon tanya bila wawancara. Ummi siap beli dan diframekan wawancara tersebut. 2. Dalam 2 minggu kebelakangan ni, saya kena tidur lewat. Termasuklah semalam. Biasanya pukul sepuluh dah tidur, sekarang ni sampai pukul 1.30 pagi baru sampai rumah. Banyak program diatur untuk menghadapi pilihanraya ni. 3. Saya dah selesai menyempurnakan jemputan kursus kepada petugas-petugas PAKA di kawasan Bachok. Bermula dengan Tawang, Perupuk dan Jelawat. Kehadiran agak memuaskan. Nampaknya setakat ni, saya telah 'mengkursuskan' 3 kawasan parlimen; Pengkalan Chepa, Kota Bharu

KOMPLEKS PURNAMA

Saya percaya hari ini saya adalah sebahagian daripada sejarah.Secara rasminya impian 42 tahun yang lampau telah menjadi kenyataan. Kompleks Purnama Pengkalan Chepa telah selamat disempurnakan dengan rasminya oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan tepat jam 12.30 tengahari tadi. 42 tahun mengangan-angankannya. 6 tahun mengusahakannya. Beberapa kali jamuan kutipan derma dibuat. Tanah-tanah lot wakaf dibahagikan. Pembangunan agak perlahan pada mulanya. Sehingga mendapat teguran dari YTM Tengku Mahkota yang selalu ulang alik di Jalan Pengkalan Chepa tersebut yang akhirnya sampai ke telinga saya melalui seorang rakan. Teguran itu saya sampaikan kepada YB Pengerusi Komplek secara main-main pada suatu masa (kalau tidak salah saya semasa majlis kutipan derma kompleks kali terakhir). Saya katakan, kalau begitu prihatin YTM Tengku, apa kata kalau YTM dijemput merasmikan bangunan ini. Tetapi kata-kata saya itu, hanya sekadar luahan kosong tanpa apa-apa harapan. Kira-kira 2 bulan yang lepas, semasa majl

Tambah Nilai Al-Khazaain

Beberapa orang rakan bertanyakan saya berkenaan dengan isu Subashini lwn Saravanan yang saya ulaskan beberapa hari lalu. Samada saya sudah membaca keseluruhan keputusan. Ialah, takut-takut saya goreng saja bila ditemuramah dulu. Macamnilah yee. Keputusan kes tersebut telah saya muat turun dari laman Malaysian Bar dan telah saya baca dari muka surat pertama hingga akhir sebanyak 140 mukasurat lebih. Sebenarnya kes tersebut juga telah saya ikuti sebelum daripada ini. Bermula di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan di Mahkamah Persekutuan. Saya juga sempat mendengar sendiri penjelasan kes dari peguam yang mewakili Responden satu ketika dahulu. Atas alasan tersebut, saya percaya saya berhak untuk menyuarakan pandangan saya. Sehubunga dengan itu juga, setelah berbincang dengan Ummi, saya berhasrat untuk mengisi ruang blog ini dengan bidang kepakaran saya iaitu bidang undang-undang. Manatahu apabila sudah banyak artikel nanti, boleh saya kumpul buat buku. Dan menambah nilai Al-Khazaain.

Tesco Kota Bharu

Kami sekeluarga baru balik dari "berderak". Keluar rumah pagi tadi lebih kurang jam 8 pagi. Cadangannya nak breakfast di "White House". Terpesong pula ke kedai nasi kandar di Banggol. Lepas makan, lebih kurang jam 9.00 pagi, kami sekeluarga ke Tesco Kota Bharu yang baru di buka hari khamis yang lepas. Besar juga. Niat di hati tak nak beli apa-apa. Cuma nak round tengok port dulu. Saya tengok harganya lebih kurang ajelah. Ada barang yang di murahkan beberapa sen manakala beberapa barang lain di mahalkan beberapa puluh sen. Taktiklah tu. Ummi dah daftar Tesco Club Card. Saya terus ingatkan janji kami nak membeli belah hanya sekali sahaja sebulan. Ummi jawab "Dont worrylah". O.K. let's see. Dua jam setengah round di situ, terjumpa dengan beberapa orang yang dikenali. Antaranya Mahzum dan suaminya Dasuki, Ayah Su sekeluarga. Ummi pula terserempak dengan pekerja sekompleks. Emm nampaknya ramai juga datang. Bahagian yang paling ramai adalah seksyen pasar. Ru

Subashini lwn Saravanan

Petang tadi saya ditemuramah oleh wartawan dari Wasilah. Isunya berkenaan dengan keputusan kes Subashini lwn. Saravanan oleh Mahkamah Persekutuan pada 27/12/2007. Beberapa point yang saya tegaskan adalah seperti berikut: 1. Tidak ada apa yang istimewanya kes tersebut kerana ianya hanyalah keputusan majoriti yang menolak rayuan Subashini atas alasan prosedur dan bukannya merit. 2. Menyatakan kekesalan saya atas keengganan YAA Hakim menafsirkan perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan sebagaimana perkataan tersurat. Nampaknya penangan Che Omar Che Soh terlalu kuat. Seolahnya tidak dapat dirungkai lagi. 3. Keputusan tersebut tidak membawa kita ke mana-mana. Hanya balik ke status asal iaitu isu perkara 121 dan 121(1A) yang tidak kunjung selesai. 4. Saya juga timbulkan persoalan apa akan jadi pula selepas ini apabila Subashini menfailkan semula petisyen pembubaran dan relif lain termasuk isu jagaan anak sulung mereka? Saya tidak ada jawapannya. Mungkin orang-orang lain tercari-cari jawapannya.

Selamat Tahun Baru 2008

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan "Selamat tahun baru 2008". Semoga terus menjana ke arah kebaikan. Azam???? Yang paling besar, berhasrat menunaikan rukun Islam yang ke 5. Sebenarnya dah daftar tahun lepas. Cuma lepas ni kena usaha untuk memastikan nama termasuk dalam kouta. Insya Allah. Saya pernah ke kota mekah sekali pada tahun 1994. Ketika itu mengikuti rombongan pelajar UIAM sebagai tetamu Arab Saudi mengerjakan Umrah dan melawat beberapa universiti di sana. Tinggalpun di Istana Tetamu di tepi Masjidil Haram. Sejak itu, saya berazam untuk datang lagi. Sebenarnya, saya ada juga peluang untuk mengerjakan umrah. Pendek kata duit belanja cukup kalau nak mengerjakan umrah. Tapi memikirkan, rukun Islam belum cukup lagi, tangguh dulu. Kita terus buat haji. Itulah pakatan saya dengan Isteri. Isteri? Oh ya... saya belum perkenalkan lagi.... Baiklah, saya sudah beristeri. Seorang sahaja. Bekerja. Quite Independant. Loving. Caring. ...manja. Hajat di hati, saya akan ke san