8.1.08

Tambah Nilai Al-Khazaain

Beberapa orang rakan bertanyakan saya berkenaan dengan isu Subashini lwn Saravanan yang saya ulaskan beberapa hari lalu. Samada saya sudah membaca keseluruhan keputusan. Ialah, takut-takut saya goreng saja bila ditemuramah dulu.

Macamnilah yee. Keputusan kes tersebut telah saya muat turun dari laman Malaysian Bar dan telah saya baca dari muka surat pertama hingga akhir sebanyak 140 mukasurat lebih. Sebenarnya kes tersebut juga telah saya ikuti sebelum daripada ini. Bermula di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan di Mahkamah Persekutuan. Saya juga sempat mendengar sendiri penjelasan kes dari peguam yang mewakili Responden satu ketika dahulu.

Atas alasan tersebut, saya percaya saya berhak untuk menyuarakan pandangan saya.

Sehubunga dengan itu juga, setelah berbincang dengan Ummi, saya berhasrat untuk mengisi ruang blog ini dengan bidang kepakaran saya iaitu bidang undang-undang. Manatahu apabila sudah banyak artikel nanti, boleh saya kumpul buat buku.

Dan menambah nilai Al-Khazaain.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin