Kami sekeluarga baru balik dari "berderak". Keluar rumah pagi tadi lebih kurang jam 8 pagi. Cadangannya nak breakfast di "White House". Terpesong pula ke kedai nasi kandar di Banggol. Lepas makan, lebih kurang jam 9.00 pagi, kami sekeluarga ke Tesco Kota Bharu yang baru di buka hari khamis yang lepas.
Besar juga. Niat di hati tak nak beli apa-apa. Cuma nak round tengok port dulu. Saya tengok harganya lebih kurang ajelah. Ada barang yang di murahkan beberapa sen manakala beberapa barang lain di mahalkan beberapa puluh sen.
Taktiklah tu.
Ummi dah daftar Tesco Club Card. Saya terus ingatkan janji kami nak membeli belah hanya sekali sahaja sebulan. Ummi jawab "Dont worrylah". O.K. let's see.
Dua jam setengah round di situ, terjumpa dengan beberapa orang yang dikenali. Antaranya Mahzum dan suaminya Dasuki, Ayah Su sekeluarga. Ummi pula terserempak dengan pekerja sekompleks. Emm nampaknya ramai juga datang.
Bahagian yang paling ramai adalah seksyen pasar. Rupa-rupanya orang Kelantan pun dah macam orang K.L. Membeli ikan, sayur dan sewaktu dengannya di supermarket. Bagi saya pula, tengok mata ikan yang merah tu pun dah hilang selera. Sorry yee, rumah saya dekat dengan Pasar Pengkalan Chepa jah.
Sekarang ni dah berapa pasaraya besar dibuka di Kota Bharu yee... Pantai Timur, The Store, Billion, Maidin, KB Mall, Tesco dan lepas ni The Giant pula.
Saya terfikir-fikir...apa akan jadi kepada peniaga-peniaga runcit terutamanya peniaga melayu? Bagi saya pelaburan, imej adalah sesuatu yang penting; tapi lebih penting lagi survival ummah yang dipanggil 'mustadaffin' itu.
Betul kita hidup pada zaman kapitalis dan agak sukar juga menahan godaan itu. Tapi setidak-tidaknya pihak yang berwajib juga perlu memikirkan survival peniaga-peniaga kecil di bandar Kota Bharu dan kawasan sekitarnya.
Bagi saya cukuplah pasaraya yang ada. Tambahan pula duit pun dah tak cukup.
Itulah antara yang terngiang-ngiang di kepala saya. Sambil itupun terhabis juga duit dalam RM50.00. Tapi saya beli CD Ensiklopedia AL-Quran Yang Menyeluruh tau. At least tertutuplah juga rasa bersalah saya.

Comments
ha ha ha. zaman siber ni tak susah nak cari kawan sebilik dulu. sekali mengoogle "Nik Bahrum" dah dapat. Rupanya tak ramai manusia bernama Nik Bahrum.
Pok Nik, sorry kacau demo. Saja, terkenang kawan2 lama... Tambah pulak lama tak jumpa. Moga terus bahagia dengan keluarga dan sampai hajat untuk menunaikan haji tahun nih. Bye.
Abi Muslih....
Pok nik, kawe tengok pasoraya besa ni sebenornya dok bg effect sgt ko penego kecik sbb target customer lain lain. :D
Rindu nok baloh nge demo. :D