Skip to main content

Jangan Terlalu Bersedih untuk Perak...

Dengan demikian, apa yang telah berlaku seharusnya dijadikan pengajaran. Allah telah mentakdirkan segalanya. Dan semestinya hikmah yang besar Allah sediakan. Dan sabagai orang Islam yang percaya dengan ketentuan itu; percayalah bahawa Allah berkuasa atas segalanya.

Janganlah terlalu bersedih dan berdukacita, sehinggakan matlamat perjuangan tergelincir.

Ingatlah!!! Baginda Nabi Muhammad SAW pernah diambil dari sisinya isteri dan penolong kesayangannya Khadijah RA; bapa saudara dan kecintaannya Abu Talib ketika saat-saat kesedihannya memuncak.

Perjuangan untuk menegakkan Islam mesti diteruskan. Lantaran Nabi SAW sendiri tidak terhenti dengan kewafatan serta kematian dua orang kesayangan. Nescaya perjuangan Islam tidak meninggalkan apa pun kecuali kejayaan.

Begitu juga dalam kesedihan, meratapi kehilangan tapak perjuangan itu; telah ada sebelum ini contoh lebih besar. Betapa Sultan Abdul Hamid dari kerajaan Islam Othmaniah lebih rela dibunuh dari menyerahkan bumi Islam tercarik.

Percayalah!!! Tuhan melaknat pencetus fitnah. Sabda junjungan "Fitnah adalah barang yang tidur, Allah melaknat orang yang membangunnya". Percayalah bahawa di sepanjang generasi bertamadun, nama ketiga-tiga pencetus fitnah tersebut akan dikutuk zaman-berzaman. Percayalah.

"...Dan jika musuhmu banyak, senangkan pulalah hatimu! Karena musuh-musuh itu adalah anak tangga untuk mencapai kedudukan yang tinggi. Banyak musuh menjadi bukti atas sulitnya pekerjaan yang engkau kerjakan. Tiap-tiap bertambah maki celakanya kepada engkau, atau hasad dengkinya, atau mulutnya yang kotor dan perangainya yang keji, bertambalah teguhnya perasaan bahwa engkau bukan barang murah, tetapi barang mahal, dari celaannya yang benar-benar mengenai kesalahanmu, engkau dapat beroleh pengajaran. Mula-mula maksudnya hendak meracunmu dengan serangan-serangannya yang kejam dan keji, maka oleh engkau sendiri, engkau saring racun itu dan engkau ambil untuk mengobati dirimu mana yang berfaedah, engkau buangkan mana yang lebihnya. Ingatlah, pernahkah seekor burung elang yang terbang membubung tinggi memperdulikan halangan layang-layang yang menghalanginya?..."

Yakinlah bahawa balasan amal untuk menegakkan Islam tidak sesekali dikurangi Allah samada kita berada di atas ataupun di bawah. Yang wajib adalah "fastaqim kama umirta".

Comments

Dan ingat, "mereka merancang (berkonspirasi/makar), Allah juga merancang, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang". Lihat sahaja, tidak sampai beberapa hari Allah mengambil kembali Allahyarham Roslan Shahir dari Bt. Gantang. Mahu tidak mahu, p/raya kecil akan diadakan.
Begitulah keadaannya. Kita harapkan yang terbaik dari Ilahi.

Thanks for visiting my blog. And selamat berblog. Jangan goblok.

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...