Antara matapelajaran di universiti yang melekat dalam benak saya sehingga sekarang adalah Law & Society. Entah kenapa saya begitu teruja dengan subjek tersebut. Mungkin kerana pengajarnya; Datuk Nik Abdul Rashid yang pandai mengajar atau kerana ia adalah satu-satunya subjek yang tidak perlu membaca buku teks? Wallahu a'lam.
Tapi hakikatnya dalam setiap kesempatan yang saya ada, gagasan me'rakyat'kan undang-undang sentiasa menjadi agenda saya. Misalnya dalam kelas Psikologi Forensik USM; semenjak lima tahun lepas, syarahan saya sentiasa berkisar dalam gagasan tersebut. Begitu juga dalam jemputan untuk menyampaikan syarahan berkenaan dengan undang-undang kepada massa; selain isi syarahan yang menyentuh topik yang diberikan, tumpuan saya adalah bagaimana untuk menjadikan subjek undang-undang itu dapat dihayati dengan mudah hatta oleh makcik-makcik di kampung.
Saya sedar, subjek undang-undang agak susah untuk dibincangkan dengan massa. Ada sahaja cabarannya. Syarahan yang saya sampaikan kepada umum, tidak lagi menyebut terlalu banyak seksyen dan akta tetapi lebih kepada hak-hak dan peruntukan undang-undang yang ada.
Peguam yang mengendalikan sesi penerangan kepada massa tidak seharusnya syok sendiri, dengan menyebut akta dan seksyen serta kes-kes rujukan seolah-olah berhujah di mahkamah undang-undang. Perlu diingat bahawa khalayak yang hadir ada di kalangan mereka yang tidak pernah sekalipun menjejak kaki di mahkamah. Apatahlagi bersua muka dengan peguam.Bagi mereka mahkamah, hakim, peguam adalah perkataan-perkataan taboo dalam diari hidup mereka.
Bagi saya, setiap kesempatan hadir semasa program 'Legal Aid' adalah merupakan peluang keemasan untuk mengenali hati budi dan jerih payah masyarakat umum yang tanpa disedari terjebak dengan permasalahan undang-undang. Isu-isu kekeluargaan di mahkamah syariah, jenayah kecil-kecilan atau nama di senarai hitam kerana menjadi penjamin adalah antara masalahnya.
Mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan kerana secara hakikatnya mereka sendiri tidak sedar diri telah dibelenggui masalah tersebut.
Bagi saya inilah peluang terbaik para peguam untuk terjun ke medan dan membalas kembali jasa baik masyarakat yang menyediakan bahan kajian kes masing-masing.

Comments