Skip to main content

Snippets - Ikut Suka Aku

1. Saya boleh faham kenapa Raja Petra dan YB Teresa ditahan di bawah akta ISA.

2. YB Teresa Kok adalah orang politik yang ada-ada saja tegurannya.

3. Raja Petra pula cuba bermain politik dengan tulisannya yang perlbagai.


3. Yang paling saya tak faham adalah penahanan Tan Hoon Cheng, wartawan Sin Chew Daily. Kalau tahan Editor Sin Chew fahamlah saya.

4. Bagi saya dia hanya menjalankan tugas yang diamanahkan oleh majikannya. Bukan salah beliau kerana melapurkan apa yang didengar dan difahaminya.

5. Kalau nak kira ramai lagi yang menulis lebih teruk dari itu. Tak muat kem Kemunting.

6. Saya belajar juga pasal ISA dulu. Ia sepatutnya bersifat 'preventive' dalam menjaga keharmonian negara.

7. Tapi nampaknya kerajaan sekarang menggunanya dalam keadaan 'defensive'.

8. Betullah kata orang ISA adalah Ikut Suka Aku.

Comments

Nevada said…
salam abe nik weh,

sebenarnya saya tak faham sebab apa RPK dan YB Teresa ditahan bawah ISA.. so sebab abe nik 'boleh faham' maka sukacita kiranya abe nik terangkan apa yg abe nik boleh faham itu..

anyway, mungkin abe nik boleh cari apa yg 'incriminating' dalam tulisan RPK sampai boleh kena tahan bawah ISA. mungkin abe nik boleh counter hujah RPK dgn hujahan, mcm YB Husam kata, hujah lawan hujah!! Lagipun, kita ada mahkamah syariah apa... dakwa kat situ jer ler.

link bagi tulisan2 tersebut seperti dibawah:-

http://mt.m2day.org/2008/content/view/9697/84/

http://mt.m2day.org/2008/content/view/9775/84/

http://mt.m2day.org/2008/content/view/11025/84/

http://mt.m2day.org/2008/content/view/12321/84/


bagi YB Teresa, saya tak faham mengapa beliau ditahan bawah ISA sebab-sebab berikut:-

http://malaysiakini.com/news/89601

http://malaysiakini.com/news/89560

http://malaysiakini.com/news/89501

yg pasti, Dollah ni saja nak orang takut kat dia - iaitu Dollah Yang Maha Isa - bukan kpd Allah yang Maha Esa!!

Wallahua'lam.
Asma' Abbas said…
salam, setuju dengan matdie. setuju dengan mufti perlis.
Tuan Nik dah baca tulisan dua tulisan RPK itu ? setakat pemahaman saya 'orang Islam' yang direfer dalam tulisan itu sebanrnya dirujuk pada orang Umno.dan juga mungkin orang gerakan Islam yang berjiwa Umno. yang 'not all Arabs..' itu pula dirujuk kepada duta tak terhormt mongolia itu. Tp cara RPK menulis hambur-hambur orang Islam secra begitu kita sendiri mungkin tak tergamak nak membuatnya. Tapi dia ni antara orang tak berpeluang faham atau faqih Islam macam sesetengan orang lain. Jadi dibicara di mahkamah lah baru betul , yek, Biar dia tahu dan semua orang tahu apa yang boleh dan tak boleh.Tk.

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m

ULASAN RINGKAS LUHAM KELANTAN BERKAIT ISU ‘BEKAS BANDUAN’

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”. 2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ib arat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut. 3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019). 4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-