Skip to main content

Snippet - Perlantikan Hakim

Rasanya tidak terlewat untuk saya mengucapkan tahniah kepada YAA Ketua Hakim, YAA Hakim Besar Malaya dan YAA Presiden Mahkamah Rayuan yang baru. Walau apapun prasangka massa, saya percaya tindakan serta keputusan yang diambil oleh YAA semua berasaskan fakta dan undang-undanglah yang akan menentukan legasi bagi generasi akan datang.

Dari tiga YAA tersebut, saya hanya pernah dan sempat hadir di hadapan YAA Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria sahaja semasa YAA bertugas di Mahkamah Tinggi Kota Bharu kira-kira 9 atau 10 tahun yang lampau. Malah boleh dikatakan kerjaya undang-undang saya bermula di hadapan YAA.

Permohonan Saman Pemula di bawah Seksyen 36(2) (a) & (b) Akta Profession Undang-Undang 1976 (short call) saya telah di dengar oleh YA Dato' Arifin; 'mention' saya yang pertama beberapa hari kemudian berlaku di hadapan beliau (yang mengajar saya bahawa selain undang-undang, peguam perlu juga mempunyai pengetahuan lain termasuklah bila tarikh anak sulong pengajar saya akan grad!!!!)

Dalam kekeliruan apabila saya menjawab "tidak ada dalam pengetahuan saya", dengan senyuman beliau berkata "kena tahulah....".

Akhirnya, lebih kurang 7 bulan kemudian, sekali lagi saya tampil di hadapan beliau dalam majlis penerimaan masuk sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Saya masih ingat lagi ucapan beliau dalam majlis tersebut "walaupun dari rekod pengajian kamu yang agak cemerlang dengan 2 ijazah sibil dan syariah, jangan berhenti di situ sahaja tetapi anggaplah hari ini sebagai permulaan pengajian kamu yang sebenar...".

Saya pegang sampai bila-bila.

Comments

Unknown said…
I need to talk to a lawyer who are good in Labour law in Malaysia and work abuse. You have any idea ?

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m

Catatan Terakhir Sebelum Berangkat

Saya kira entri ini adalah yang terakhir sebelum menjelangnya tahun baru. Saya mohon untuk mengundurkan diri barang seketika dari dunia siber. Mohon diberi kekuatan untuk menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. Jika saudara pernah membaca catatan saya bertarikh 1.1.2008 dahulu, tentu saudara faham maksud saya. Alhamdulillah dan Insya Allah, saya dan Ummi adalah antara 27,000 rakyat Malaysia yang di beri kouta untuk mengerjakan Haji musim 1429 hijrah ini. Kami akan bertolak ke sana pada 8 November dan dijadulkan balik semula pada 24 Disember 2008. Antara takut dan harap. Itulah perasaan saya ketika ini. Takut; apakah penyerahan diri ini akan diterima Allah, dan harap; semoga dikurniakan haji yang mabrur. Dan tentunya doa dari kalian saya tagih sebagai penambah bekalan ke sana. Esok, saya dan Ummi akan mula bercuti dari kerja-kerja pejabat. Hasratnya selain menyiapkan bekalan fizikal adalah untuk berkunjung ke rumah saudara-mara yang keuzuran, bertemu mata; entah-entah kali terakhir (samada m