Agak lama saya tidak menyilau blog ni. Nampaknya banyak perkara juga yang telah terjadi sejak posting terakhir 10/1/2008 dahulu. Antaranya:
1. Wawancara saya dengan Wasilah sudah disiarkan dalam Mingguan Wasilah keluaran 13-19 Januari 2008 pada mukasurat 28 hingga 29. Gambar warna lagi. Tajuknya "Kes Subashini: Bukan perbalahan Islam & Bukan Islam. Saya pun sebenarnya hanya sedar bila seorang kawan - Zamri - yang telefon tanya bila wawancara. Ummi siap beli dan diframekan wawancara tersebut.
2. Dalam 2 minggu kebelakangan ni, saya kena tidur lewat. Termasuklah semalam. Biasanya pukul sepuluh dah tidur, sekarang ni sampai pukul 1.30 pagi baru sampai rumah. Banyak program diatur untuk menghadapi pilihanraya ni.
3. Saya dah selesai menyempurnakan jemputan kursus kepada petugas-petugas PAKA di kawasan Bachok. Bermula dengan Tawang, Perupuk dan Jelawat. Kehadiran agak memuaskan. Nampaknya setakat ni, saya telah 'mengkursuskan' 3 kawasan parlimen; Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Bachok.
4. Dalam 2 minggu ni juga, kerja-kerja pejabat juga bertambah. Pelanggan dari Kuala Lumpur (Kurnia Insurans (M) Berhad) dah 2 kali datang buat lawatan untuk penyelesaian kes-kes tertunggak. Dah sakit telinga saya menadah ganggang telefon untuk berbincang dengan peguam lawan. Belum lagi kira kes-kes lain. Oh ya.. suka juga memaklumkan bahawa saya dah dapat kes 39(b) pertama saya. Assign case. Sudah ditetapkan untuk bicara pada bulan 11 2008.
5. Semalam mesyuarat DUN Chempaka di Bilik Gerakan Pas Kawasan Pengkalan Chepa (bangunan baru). Perbincangan untuk program Cakno Keluarga 2008. Tentatifnya pada 15 dan 16 Febuari 2008. Saya dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Urusetia. Kena hadir untuk mesyuarat pula pada 27/1/2008.
Itulah antara yang terjadi. Oh yaa dalam seminggu ni anak-anak semua demam. Madhi sejak hari Isnin lagi. Diikuti rapat oleh Madiha. Kemudian Majida. Hari ni nampak macam Majdi pula. Ujian Allah...
Dan itulah yang menyebabkan saya tak sempat menyilau blog ni. Sabar ajelah.

Comments
Timo kasih buwi pinje kamera demo masa di matrik ari tu. :D