Skip to main content

Snippet Hari Rabu

Ada dua perkara yang saya ingin ulas hari ini:

1. Betapa tidak terbukanya diplomat-diplomat Barat yang keluar dewan semasa Presiden Iran Ahmadenejad sedang menyampaikan ucapan di Persidangan Anti Perkauman anjuran PBB semalam. Saya menyangka 'barat' amat terbuka dalam menerima pendapat dan bersedia untuk membuat ucapan balas. Tapi sangkaan saya meleset kerana nampaknya mereka tidak bersedia dengan hujah.

2. Saya semakin meluat dengan teknik lapuran media sekarang yang tidak mempedulikan maruah dan aib orang. Bagi saya laporan berkenaan dengan isu rumahtangga tidak sepatutnya diperincikan sebegitu rupa sehingga menjejaskan maruah pihak-pihak yang terlibat. Biarkan verbetim terperinci sebegitu menjadi rekod mahkamah. Saya percaya pihak-pihak yang terlibat masih mempunyai keluarga; ayah, ibu adik beradik yang sepatutnya dipelihara maruah mereka bersama.

Comments

Unknown said…
1. Kakchik pun tengok video persidangan tu. Sungguh tak bermaruah mereka tu. Nampak sangat masih berminda tertutup.

2. Suratkhabar memang ambil peluang melariskan jualan. Buat untung besar biarlah tidak bermaruah langsung caranya. Lagi sensasi lagi bagus bagi mereka.
Wartawan biasanya akan berpegang kepada 'kebebasan akhbar'.

Betul.... saya pun setuju dengan kebebasan akhbar....cuma bab-bab yang sensitif ini gunalah budi pekerti, budaya kita sebagai seorang Islam yang tidak mendedahkan aib saudaranya merata-rata.

Betul....kebebasan akhbar...tapi apa faedahnya nukilan berita sebegitu rupa yang mudaratnya lebih besar....

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...