Skip to main content

Maahad Muhammadi Lelaki

Semalam saya ke Sri Pantai Chalet, Melawi, Bachok kerana memenuhi jemputan Maahad Muhammadi Lelaki untuk menyampaikan ceramah motivasi sempena Program Mukhayyam Qiadah & Tarbiah MML 2008. Program tersebut dianjurkan oleh Maahad di mana pesertanya terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelajar Maahad.

Saya menerima jemputan tersebut seminggu lebih awal. Tanpa melihat jadual terlebih dahulu dan tanpa berfikir panjang jemputan tersebut terus saya terima dengan berbesar hati. Kalau ada program lainpun akan saya batalkan.

Masakan tidak, itulah Maahadku. Tempat saya mengenal ilmu dunia dan akhirat. Tempat saya belajar kira baca. Aah.. tempat ... dari tahun 1985 -1991. Disitulah saya. Apa yang anda kenal saya hari ini. Itulah tempat pembentukan diri saya.

Saya masih ingat lagi, semasa itu, tahun-tahun orang memandang rendah Maahad. Sehinggakan saya pernah di momokkan dengan kata-kata "Sekolah Maahad, betulke? Sekolah tu tidak ada masa depan..." semasa saya memohon untuk mendapatkan surat berhenti sekolah di sekolah rendah. Memang betul...budak-budak Maahad ketika itu digelarkan dengan sekolah tahi cicak.

Saya masih ingat lagi, dengan takdir Illahi, Maahad menjadi rebutan kemudiannya. tahun 1986, seorang pelajar Maahad menjadi antara pelajar terbaik SPM negeri Kelantan, 1987 buat pertama kali Maahad mencapai 100% SRP dituruti dengan beberapa tahun kemudianya. Ditambahpula dengan terbinanya sebuah bangunan tersergam indah. Sehinggakan pada satu-stu ketika rayuan untuk memasuki Maahad melangkaui 3 - 4 kelas.

Saya masih ingat lagi, kegemilangan Maahad bukan sekadar dalam bidang kurikulum, tapi juga ko-kurikulum. Banyak pertandingan ilmiah, dimonopoli oleh pelajar Maahad yang mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan. Pidato Piala Diraja, Tilawah, Kuiz, Debat, Forum...sebutlah apalagi.. sehinggakan kemudiannya Maahad tidak lagi dijemput oleh JPN untuk bertanding di peringkat negeri.

Untuk maklumat pembaca, sistem pendidikan Maahad adalah sistem pendidikan bersepadu yang merangkumi kedua-dua cabang ilmu. Oleh yang demikian, pelajar Maahad terpaksa belajar dua kali ganda lebih banyak dari rakan-rakan di sekolah biasa. Itupun tidak menghalang mereka gemilang dalam kedua-dua bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Sebagai contoh pelajar terbaik SPM Kelantan 1986 juga merupakan ketua pelajar Maahad.

Jika sudara membuat penelitian, saudara akan berjumpa dengan ramai bekas pelajar Maahad sekarang ini memegang jawatan tinggi samada dalam organisasi pekerjaan dan persatuan malah saya boleh kata hampir 1/3 dari pemegang tampuk pemerintahan di Kelantan sekarang ini ada kaitan dengan Maahad.

Kenapa natijahnya begitu sekali? Saya tidak jumpa jawapannya samada di kelas ataupun di padang permainan. Budak Maahad bukan tekun sangat belajar atau bermain. Cincai-cincai sahaja.

Tapi saya percaya satu perkataan menggambarkan segalanya. Keberkatan.

Dan itulah antara inti ceramah saya pada program tersebut.

Comments

Anonymous said…
haha....sekoloh ambo jugak tu....bangga betul la....

semerahjembal@yahoo.com.my
Nara Nir
skoloh ambo jugoptu..

memang benarlah kata penulis,"satu perkatan menggambarkan segalanya.KAF BA RA KAF ALIF RA TA ALIF NUN,KEBERKATAN."
Anonymous said…
Pok Nik sain kawe. Kawe ingat lagi jerih perih suka duka kita sama2 blajar d MML pass tu ke UIAM de kini berjaya... Alhamdulillah.. Itulah keberkatan... Seronok menjadi salah seorang dari kawe baik demo. -Sab.
Ia, sama-samalah kita. Agak-agak kalu kita buat alumni batch kita jadi ko dok?
Anonymous said…
ai..maahad ppue makpo tak masuk dlm list tuh??aishhh....
Anonymous said…
alhamdulillah....kawe situ jugok tapi 1988 maahad lelaki, 1989-1990 maahad pasir pekan, 1991 gi mula ko maahad lelaki pasa maahad pasir pekan sampai tingkatan tigo jah. masuk tingkatan 4 di maahad lelaki, terus anta dan nik abd rahman ambik kawe jadi dhobit, malu kawe sebab kawe dari maahad pasir pekan. 1992 pindoh lagi ko maahad mahmud alor setar.

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m

ULASAN RINGKAS LUHAM KELANTAN BERKAIT ISU ‘BEKAS BANDUAN’

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”. 2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ib arat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut. 3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019). 4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-