Skip to main content

Kempen Bermula

Sekiranya anda adalah pemimpin parti, maka berbagai programlah yang perlu anda hadiri. Jika anda adalah petugas parti, maka banyaklah tugasan menenti. Dan jika anda adalah pengambil upah, maka banyaklah poster dan bendera yang anda akan gantung. Pendek kata musim pesta berjaga malam sudah bermula.

Semasa meninggalkan arena kempen, sebelum melabuhkan mata beradu, tidak ada sekeping poster pun tergantung. Esoknya, sudah penuh bergantungan dengan pelbagai bentuk; terpulang kepada tukang gantungnya. Kalau tidak cukup poster, bendera dan lambang parti maka selagi itulah si pemimpin parti digesa untuk menyediakannya.

Malah sampai ke peringkat, ada jentera parti yang merajuk tidak mahu bekerja kerana poster dan bendera kurang. Ataupun lebih parah ada yang beralih arah ke parti lawan.

Sebenarnya itulah realiti permainan politik di peringkat bawah. Bab-bab merancang dan menyusun strategi diserahkan kepada ketua dan setiausaha cawangan. Kalau demam sekalipunpun; apabila selonggok bendera dan poster di depan mata serta merta peluh memercik di dahi.

Melihat suasana itulah, saya tertanya-tanya keseorangan. Berapa pengundi sebenarnya yang kita boleh tarik dengan gantungan bendera dan tampalan poster itu? Adakah pernah terbukti dengan sebab bendera dn poster tersebut, seorang pengundi yang dahulunya mengundi parti lawan akan berubah arah mengundi kita? Sedangkan belanja menyedia, menggantung dan menampal poster tersebut bukan sedikit.

Cuma adalah respon dari seseorang yang menyebut bahawa kita akan kehilangan beberapa undi orang yang mengundi kita kalau tidak ada poster bergantungan. Mati semangat katanya.

Betul juga!!!

Jalan tengahnya...berpada-padalah dengan poster. Janganlah sampai 30% wang peruntukan digunakan untuk poster dan bendera. Habis pilihanraya, sebahagian besarnya akan dibuang dan dibakar sahaja.

Atau; tidak ada cadangankah bagi wakil-wakil parti berpakat untuk mengurangkan poster dan bendera ke tahap 10% sahaja? Kalau semua setuju, wang peruntukan tu boleh digunakan untuk berbagai tujuan yang lain.

Kalau diserahkan kepada saya, banyaklah yang saya boleh buat.

Comments

Anonymous said…
Setuju dengan pembaziran terhadap 'situasi perang poster dan bendera'.
Alangkah baiknya jika dana kempen digunakan untuk sesuatu yang lebih mustahak dan berfaedah.
Namun realitinya pentadbiran negara dipegang UMNO dan perkara yang pasti, UMNO tidak akan merubah perkara ini melainkan jika mereka kalah (Pembangkang mengambil alih Malaysia).
UMNO sendiri sedar, belanja poster dan bendera sebenarnya agak tinggi dan membazir namun mereka juga sedar akan hakikat mereka ada wang yang melimpah sedangkan pembangkang tidak.
Melihat situasi itulah, mereka teruskan juga dan mengharapkan ada respon yang cukup tinggi dari pembangkang. Semuanya hanya taktik untuk melumpuhkan dana pilihanraya pembangkang yang kecil itu. Jika banyak wang dibelanjakan pada poster dan bendera, baki yang selebihnya dah tinggal sikit (tak banyak)
Disitulah mereka akan mula sekali lagi menggunakan kekayaan wang yang mereka ada untuk memastikan mereka akan terus menang...
Pada ketika ini dana pilihanraya parti pembangkang sudah lesu...

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...