Skip to main content

Apa Kesudahannya Murtad

Saya telah menulis berkenaan dengan isu ini beberapa kali. Pada mulanya berkaitan kes Subashini dan kemudiannya berkatian kes Siti Fatimah. Setiap kali isu ini timbul setiap kali itulah hati saya menggelegak.

Kes terbaru adalah sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan semalam yang menolak rayuan seorang wanita terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk satu pengisytiharan bahawa dia (saya guna dia bukan beliau) berhak untuk meninggalkan Islam serta memeluk Kristian.

Sekali lagi, sebagaimana kebanyakan kes-kes berkaitan isu yang sama keputusannya adalah 2-1. Bermaksud hakim yang beragama Islam menolaknya manakala ada seorang lagi hakim (bukan Islam semestinya) menerima.

Antara lain, YA Hakim Mahkamah Rayuan menolak rayuan tersebut atas alasan - pada pendapat saya - teknikal bilamana dia masih lagi menggunakan nama asalnya sedangkan dia telah menukar namanya kepada nama Islam apabila memeluk agama Islam. Dalam bahasa yang mudah dia sepatutnya menggunakan nama Islam semasa membuat permohonan tersebut.

Iya....bagi saya YA Hakim adalah betul apabila membuat keputusan tersebut walaupun atas dasar teknikal, kerana sebelum ini pun teramat banyak kes-kes peringkat rayuan yang ditolak atas alasan teknikal (sampai bila?).

Tapi atas kesedaran yang lebih luas, apakah kesudahannya. Apakah selama-lamanya mahkamah akan bersikap menafikan (denial) seperti itu; bilamana seperti tidak mahu langsung menyentuh persoalan pokok iaitu boleh atau tidak seseorang yang telah memeluk Islam kembali murtad?

Saya berpendapat persoalan inilah yang utama sekarang dalam isu ini (untuk tujuan entry ini saya tidak akan menjawab soalan boleh atau tidak seseorang murtad kerana bagi saya ia memang tidak boleh dan perlu dihukum dengan hukuman yang sekeras-kerasnya). Untuk itu perlu ada sekurang-kurangnya satu mekanisma yang lebih detail berkenaan dengan permasalahan ini. Seumpama contohnya penggubalan akta undang-undang murtad yang entah bila akan kunjung tibanya. Apa yang ada sekarang hanyalah beberapa seksyen kecil dalam enakmen-enakmen jenayah syariah negeri-negeri yang kewujudannya hanya menambah kecelaruan dalam sistem kehakiman kita.

Kalau tidak percaya cuba teliti beberapa kes yang pernah terjadi sebelum ini seperti kes Mat Ya dan isterinya, nabi Melayu di Selangor dan beberapa kes lain. Kemelutnya sehingga ke Mahkamah Persekutuan hanya semata-mata untuk menentukan samada kerajaan negeri berhak mengenakmenkan undang-undang berkaitan.

Tak celaru kalau begitu?

Kerana itulah bagi saya sudah sampai ketikanya (kalau saudara masih rasa tidak terlambat) untuk semua pihak memainkan peranannya baik YA Hakim, Peguam, exco agama negeri, orang biasa dan juga penulis-penulis blog. Mari kita gembeling tenaga dan fikiran sekurang-kurangya untuk merealisaikan Akta Undang-Undang Murtad dan juga untuk menjenayahkannya bagi dihadiahkan dengan satu hukuman yang terberat dalam kanun jenayah iaitu hukuman mati.

Barulah ada kesudahannya...

Comments

Anonymous said…
buleh la buka blog mah abe..
Saya rasa en. nik juga patut bagi pendapat dalam web bar council mengenai perkara ini sebab boleh dikatakan semua komen asyik dok persalahkan Islam. Terutamanya orang-orang bukan Islam. Saya dah tinggalkan komen saya kat sana. Jom berjuang melalui mata pena!!!
Anonymous said…
ya..realisasikan akta undang2 murtad..hukuman mati pada yang bersalah..

paris
Kassim Selamat said…
Kenapa kena hukum bunuh? Dia penrompak? perogol? pembunuh? Memberi kesusahan pada masyarakat ker kalo dia nak keluar islam?

Adil ker? Janganlah tamatkan riwayat seseorang tu.. biar dia dihukum Allah jer di akhirat nanti.
Saudara Kassim Selamat...
anda sepatutnya tahu bahawa hukuman bunuh itu adalah hukuman yang ditetapkan Allah s.w.t atas muka bumi ini. Jika tidak dilakukan, pihak pemerintah akan bertanggungjawab nanti. Saudara juga perlu ingat, ada hikmah tertentu kenapa Allah menetapkan hukuman bunuh bagi orang murtad. Tidak semua hikmah hukuman Allah itu dapat difikirkan oleh otak kita yang cetek ini.

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m

ULASAN RINGKAS LUHAM KELANTAN BERKAIT ISU ‘BEKAS BANDUAN’

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”. 2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ib arat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut. 3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019). 4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-