Skip to main content

Sanglang: Ujian Keikhlasan SPR

Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan peguam serta pempetisyen Dun Sanglang di atas kejayaan mereka dalam petisyen pilihanraya Dun Sanglang sebagaimana yang diisytiharkan pagi tadi.

Dengan keputusan tersebut bermakna Dun Sanglang sekarang ini tidak bertuan kerana kemenangan calon BN Abdullah Hassan dibatalkan oleh mahkamah atas alasan berlaku kesilapan semasa pengisian borang 14 ketika proses pengiraan undi terdahulu.

Walaupun secara teknikalnya, atas alasan tersebut Ustaz Hashim Jasin sepatutnya diisytiharkan menang, undang-undang berkaitan iaitu Akta Pilihanraya 1954 tidak membolehkan hakim berbuat demikian.

Sekarang ini, kerusi tersebut dipulangkan semula kepada SPR untuk memilih antara dua iaitu samada mengisytiharkan kemenangan kepada calon Pas ataupun mengadakan pilihanraya semula. Kedua-duanya mempunyai pro kontra masing-masing.


Cumanya saya berpendapat, sekarang ini adalah ujian tentang keikhlasan masing-masing di mana kedua-dua pihak - SPR dan BN - melalui peguam masing-masing telah mengakui keadaan tersebut. Yang tinggal sekarang adalah untuk menjelmakannya dalam bentuk perbuatan.

Tepuk dada tanya selera/orang atas/iman?

Pemahaman lanjut sila baca di sini : Hanipa.

Comments

Anonymous said…
Salam Pok Nik:

Dalam politik sukar mencari kejujuran. Apa yang penting adalah kemenangan. Ini adalah satu peperangan... to kill or to be killed.
Betul...to kill or to be killed. Sebab itu ia dinamakan politik. The art of the impossible. Tapi kita bercakap berkenaan dengan kejujuran manusia yang menguasai organisasi.

Manusia itu akan bergerak ke padang Mahsyar. Letakkan sesekali politik ke tepi.
Anonymous said…
Salam Pok Nik,

Nampak sibuk sekarang. Masih ingat lagi dengan nickname "buaya berkopiah" ni?
Buaya Berkopiah ni ada 2 orang samada Dzafran atau Amir. Yang mana satu?

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...