Skip to main content

Isra' Dan Mi'raj

Saya mengucapkan selamat meraikan ulang tahun Isra' dan Mi'raj Rasulullah (s.a.w.) yang terkandung di dalamnya berbagai hikmah dan pengajaran bagi umatnya. Jika mahu di kaji satu persatu nescaya tidak terkupas dan tiada keupayaan kita yang lemah kemahuan ini.

Walau apapun, bagi saya Isra' dan Mi'raj Rasul dapat memberi panduan bagi kita untuk mengenali manusia yang berjiwa Abu Bakar Al-Siddiq dan berjiwa Abu Jahal. Bagi saya Isra' dan Mi'raj Rasul memberi pengajaran jelas bahawa di samping ajaran Islam yang boleh diterima akal (lojik) terdapat juga ajaran agama yang hanya Allah saja mengetahui.

Contohnya, kenapa basuh muka dahulu sebelum basuh kaki semasa berwuduk? Kenapa tawaf Baitillah perlu 7 kali pusingan? Kenapa itu dan kenapa ini...!

Cuma jenis manusia sahaja yang banyak soal. Bagi mereka setiap perkara perlu alasan yang boleh diterima akal. Selagi tidak berjumpa alasan tersebut atau tidak selari dengan ilmu mereka, ajaran agama tersebut tidak boleh diterima pakai.

Saya berpendapat, Isra' dan Mi'raj Rasul tidak mengajar sedemikian. Isra' dan Mi'raj Rasul mengajar kita untuk redha dengan Qada' dan Qadar Allah disamping berusaha. Nabi Muhammad tidak meminta untuk di hadiahkan dengan Isra' dan Mi'raj; tetapi seusainya perjalanan, dalam keadaan tertekan oleh Abu Jahal lantaran ketidaklogikannya, akidah umat bertambah teguh seteguh iman Abu Bakar.

Lantaran itu, bagi saya, isu dan usul kebolehpercayaan pemimpin dalam urusan muzakarah dan muqabalah tidak akan memesongkan saya dari matlamat dan perjuangan PAS iaitu Islam. Saya serahkan wala' kepada pimpinan parti untuk membawa saya kepada matlamat tersebut. Selagi belum bercanggah dengan dasar - al-Quran, al-hadis ijma' ulama dan qias - silakan wahai pemimpin-pemimpinku. berjumpalah siapa sahaja untuk menyampaikan dakwah Islam. Melayu, Cina, India, Orang Asli.... teruskan.

Kenapa pada masa sekarang kita perlu menggugat wala' kita, sedangkan kita mempunyai ruang untuk bermuhasabah dan berbincang. Sedangkan muktamar tahunan hanya beberapa minggu sahaja lagi. Gunakan peluang nanti untuk menyatakan pandangan dan bermesyuarat.

Bagi saya, tepat sekali Isra' dan Mi'raj mengajar kita. Dan cukuplah dengan satu pegajarannya itu.

Comments

Memang ramai manusia yang hanya menerima perkara yang diterima akal mereka sahaja. Bagi mereka, setiap perkara perlu mempunyai alasan yang boleh diterima akal. Tapi saya percaya sehingga sekarang mereka tidak pernah menemui alasan kenapa kita membasuh tangan, berkumur dan membasuh muka semasa mengambil wudu' setelah terbatal akibat terkentut. Kenapa tidak dibasuh sahaja punggung yang terkentut itu? Apa kaitannya mulut yang berkumur dengan punggung yang berkentut? Namun sebab hidayah itu datang dari Allah, kita hanya sekadar berdakwah sahaja. Saya tertarik dengan huraian Imam Jalaluddin as-Suyuti mengenai Isra' dan Mi'raj dalam kitabnya al-Ayatul Kubra fi Syark Qissatil Isra'.

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m

ULASAN RINGKAS LUHAM KELANTAN BERKAIT ISU ‘BEKAS BANDUAN’

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”. 2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ib arat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut. 3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019). 4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-