Skip to main content

Ayat-Ayat Cinta

Sebenarnya saya tidak ke pejabat hari ini. Semalam selepas mendengar pengumuman harga minyak naik, saya terus mula membaca novel yang baru saya beli 2 hari lepas. Ayat-Ayat Cinta yang sebetulnya novel pertama dalam bahasa melayu saya beli tahun ini. Berhenti sekejap kerana ada mesyuarat di Kompleks Purnama. Kemudiannya saya sambung sebelum tidur. Sempurna saya habiskan pagi tadi.
Sudah lama saya tidak membaca novel cinta begitu. Apa yang pasti saya tenggelam sekejap dalam dunia Fahri, Aisha, Maria dan Nurul. Kalaulah saya Fahri dan ada juga Aisha, Nurul dan Maria.... oh alangkah indahnya dunia. Tapi saya sedar itu adalah dunia dalam sebuah karya. Mana mungkin terjadi dalam hidup sebenar. Tapi... tidak mustahil.

Membacanya saya sejuk seketika dari bahangan minyak naik. Sebab itu barangkali saya boleh menulis sebegitu terhadap gesaan protes harga minyak yang naik menggila. Bukan kerana saya takut. Bagi saya pada usia sekarang tidak banyak lagi perkara yang menakutkan saya. Saya bekerja sendiri, tidak terikat dengan mana-mana kontrak dan sebagainya.

Sepatutnya kalau saya takut, dahulu!!! Semasa masih belajar. Tapi ketika itupun bermula di zaman persekolahan menengah saya dah kenal demonstrasi. Ketika itu menentang Salman Rushdi yang dianjurkan oleh Badan Pengawas yang saya adalah ahli jawatankuasanya.

Semasa di UIA begitu juga, hampir kata setiap semester ada saja demontrasi termasuk dalam kampus sendiri (Dalam pagar UM tidak usah dikira). Pernah di tangkap soal beberapa kali oleh Hal Ehwal Pelajar.Yang saya tidak sempat hanyalah gerakan reformasi kerana ketika itu saya sudahpun balik ke Kelantan.

(Saya rasa dah cukup untuk menjawab persoalan diatas yeee oleh ......)

O.K. lah, Ummi dah tempah masa dari saya untuk habiskan novel tersebut. Untuk karya sebaik itu... no problem at all!!! Saya ada tiga tempat lagi jemputan kenduri. Nanti kita cerita semula pasal demontrasi. Lain kali.

Comments

Anonymous said…
cepat2 view blog ku..sementara masih panas...
Anonymous said…
panas sggh abg yom....
ni mesti keluar air mata kan...
huhuhu...
tunggu lah ketibaan ku
ke rumahmu....
untuk ku.....
ambil buku itu.....

(kene cakap luar nanti ada orang komen) (^-^)
Belum boleh, Kak Long dulu nak khatam.
Anonymous said…
hak2~
jiwang btul tuk loyar ini..
isk~
Sang Kidal said…
ayat-ayat cinta?huh..kisah siFahri seorang mahasiswa al-azhar yang sesempurna malaikat..alike cinderella story...banyak lagi novel karangan habiburrahman al-shirozi..spt:bila cinta bertasbih
Anonymous said…
ye ke abe yie....poyo je....

dia la org first beli novel tu...

tp dlam bahasa indon....

wah3(^_^)
alaa..en. nik baru baca. saya dah lama baca novel tu. sekarang dah keluar movie pun. movie pun saya dah tgk tapi yg vcd pirate la. hee.hee...
Tapi cerita dia tidak sedap seperti novel. Tak ump...
Anonymous said…
ummi dah khatam. This is the first novel selain novel-novel hamka yang menarik bagaikan magnet. Any suggestion novel-novel lain yang seperti ini?... yang boleh membangunkan jiwa dan minda serta menguatkan semangat? of course... selain karya hamka yang whatever isi.. tetap menarik
karya habiburrahman el-shirazy ni dah banyak kat pasaran. dan yang paling terbaru ialah Bila Cinta Bertasbih 2. Tapi yg seeloknya kena baca yg pertama dulu la baru tahu pangkal ceritanya. kalau ada kelapangan, boleh juga baca novel Syahadat Cinta karya Taufiqurrahman al-Azizy. BEst juga dan sebuah novel cinta Islamik yg patut dibaca dan dijadikan koleksi.

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...