Skip to main content

Lagi-Lagi Poligami

Saya sudah menulis sebelum ini berkaitan poligami. Bagi saya tidak ada apa yang salahnya tentang poligami sekiranya semua pihak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Nak kahwin pun kahwinlah walaupun sampai cukup bilangan seperti yang cuba dibuat oleh Abang Mat Nor di Kuala Terengganu.

Soal tak cukup soal kedua, kalau semua pihak sudah redha dengan kehidupan sebegitu. Tambahan pula orang-orang menyebut bahawa kebahagiaan bukan terletak pada harta benda tapi pada hati.

Dalam kehidupan saya, saya sudah banyak bersua dengan kes-kes dan kisah poligami. Pengamalnya terdiri dari berbagai lapisan masyarakat. Ada keluarga ahli keluarga saya sendiri yang berkahwin sampai 16 orang - sentiasa cukup empat dalam satu-satu masa. Kehidupannya tidaklah semewah mana tapi hubungan kekeluargaan antara anak cucu baik saja.

Saya banyak mengendalikan kes-kes berkaitan poligami di mahkamah. Antara mereka orang-orang besar. Terdiri dari kedua-dua parti dominan orang Melayu. Ada kes kerana masalah kahwin tanpa kebenaran dan ada juga kerana masalah perrebutan harta selepas bercerai.

Tapi bagi saya itu biasa. Nak kahwin; kahwinlah. Kalau tidak mahupun itu lebih baik.

Yang menjadikan saya sedikit tidak seronok adalah apabila berkahwin, poligami pula tu; dengan perempuan yang baru masuk Islam dan selepas tu bercerai. Disengsarakan pula dengan fakta muallaf tersebut orang luar negara. Serta dicukupkan dengan ramuan bahawa si suami adalah pemimpin. Gerakan Islam pula tu.

Masya Allah... mengucap panjang saya membaca dan mendengar berita tersebut. Sedangkan kes Siti Fatimah baru selesai di Mahkamah Syariah Pulau Pinang dengan pelbagai reaksi dari orang ramai.

Baiklah, kalau saudara belum jelas. Sebenarnya, keluhan di atas adalah rentetan dari lapuran akhbar dan berita tv berkenaan dengan kisah Adun Melur yang gagal hadir ke Mahkamah Syariah Kota Bharu dalam kes tuntutan (pengesahan?) cerai oleh isteri keduanya yang berasal dari Kemboja.

Sila saudara baca berita di bawah yang saya petik tanpa sebarang edit:

Berita Harian Online

Adun Melor fail cerai isteri kedua

Oleh Betty Subaryati


KOTA BHARU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas Kelantan semalam, mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, untuk mengesahkan lafaz cerai terhadap isteri keduanya yang juga warga Kemboja berketurunan Cina, berusia 24 tahun yang dikahwini sejak lima tahun lalu.


Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, 53, selaku defendan, yang tidak hadir di mahkamah semalam, mengemukakan permohonan itu menerusi peguamnya, Mahani Mustafa, atas alasan sudah melafazkan cerai talak satu di rumah sewa isterinya, Siti Aishah Abdullah, 24, dekat Wakaf Mek Zainab, pinggir bandar ini pada 16 April lalu.


Prosiding permohonan mengikut Seksyen 57 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 itu berlangsung dalam kamar Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan. Siti Aishah yang diwakili peguam, Mohd Sibri Ismail, hadir mengikuti prosiding itu sambil ditemani bapanya, Kim Ti, 63.


Berikutan ketidakhadiran defendan, Nik Najib menangguhkan prosiding pengesahan lafaz talak itu kepada 2 Julai ini, bagi memberi peluang kepada Wan Ismail hadir di mahkamah untuk memberi keterangan mengenai lafaz cerai terbabit.


Ketika ditemui di luar mahkamah, Siti Aishah yang berkahwin dengan Wan Ismail di Kuala Lumpur pada 2003, berkata beliau diceraikan kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 16 April lalu ketika suaminya pulang ke rumah sewa bersama seorang wanita yang identiti tidak dikenalinya, sebelum melafazkan cerai talak satu terhadapnya tanpa memberi sebarang alasan.


�Kejadian itu berlaku ketika saya berada di rumah sewa di Taman Tg Ahmad Panglima, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu bersama sepasang anak kami berusia antara satu hingga tiga tahun.


�Sebelum melafazkan talak terhadap saya, dia jarang-jarang balik ke rumah menjenguk saya dan anak. Selepas menjatuhkan talak, dia tidak lagi balik ke rumah atau bertanya khabar anak serta tidak memberi nafkah serta mengambil berat mengenai anak, termasuk sewa rumah yang kini saya terpaksa tanggung sendiri,� katanya yang kini membuka perniagaan kecil menjual kain tudung di bandar ini untuk menyara hidup.


Siti Aishah berkata, beliau tidak menyangka akan diceraikan tanpa sebarang sebab oleh suaminya, walaupun sebelum ini seorang wanita pernah menghubungi dan menyuruh saya pulang ke negara asal, Kemboja.


Katanya, walaupun kini terpaksa menempuh dugaan hidup sebagai ibu tunggal bersama dua anak yang masih kecil, beliau bertekad tidak akan meninggalkan Islam yang sudah menjadi pegangan hidupnya sejak 2003.


�Ibu bapa kandung saya cukup marah dengan tindakan suami menceraikan saya tanpa sebab selepas saya berkorban meninggalkan keluarga dan agama asal untuk menjadi isterinya. Mereka meminta saya kembali ke Kemboja, tetapi saya mahu meneruskan kehidupan di sini, sambil menaruh harapan mahkamah memberi keadilan kepada saya,� katanya.

Saya macam nak bersetuju dengan pendapat MSO agar Persatuan Wakil Rakyat Kahwin Lebih (PENSYAHWAT) ditubuhkan. Tidaklah malu sangat dengan Abang Mat Nor.

Comments

Anonymous said…
silA lAwati blOg sayA..tErimA kAsih..^_^

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m

Catatan Terakhir Sebelum Berangkat

Saya kira entri ini adalah yang terakhir sebelum menjelangnya tahun baru. Saya mohon untuk mengundurkan diri barang seketika dari dunia siber. Mohon diberi kekuatan untuk menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. Jika saudara pernah membaca catatan saya bertarikh 1.1.2008 dahulu, tentu saudara faham maksud saya. Alhamdulillah dan Insya Allah, saya dan Ummi adalah antara 27,000 rakyat Malaysia yang di beri kouta untuk mengerjakan Haji musim 1429 hijrah ini. Kami akan bertolak ke sana pada 8 November dan dijadulkan balik semula pada 24 Disember 2008. Antara takut dan harap. Itulah perasaan saya ketika ini. Takut; apakah penyerahan diri ini akan diterima Allah, dan harap; semoga dikurniakan haji yang mabrur. Dan tentunya doa dari kalian saya tagih sebagai penambah bekalan ke sana. Esok, saya dan Ummi akan mula bercuti dari kerja-kerja pejabat. Hasratnya selain menyiapkan bekalan fizikal adalah untuk berkunjung ke rumah saudara-mara yang keuzuran, bertemu mata; entah-entah kali terakhir (samada m