Skip to main content

Memang Betul-Betul Porah

Selain Bernama dan TV3, the star juga menyiarkan berita yang sama. Juga dengan nada yang sama. Malah salinan seratus peratus sumber Bernama.

Tension saya semalaman kerana banyak panggilan dan SMS yang perlu dilayan. Seperti jadi jurucakap MPKB BRI pula. Nasib baik ada Ummi, bolehlah goreng-goreng dahulu.

Pagi ini saya sempat menyilau Sinar Harian. Muka depannya jelas memperakui sentimen yang saya tulis sebelum ini iaitu Bernama, TV3 dan The Star juga....memang betul-betul porah.

Cuma sayangnya, saya tak jumpa Sinar Harian Online yang menyiarkan berita tersebut. Saudara perlu mendapatkannya di kedai-kedai akhbar.

Kosmo Online ada juga membuat liputan. Tidaklah porah macam TV3 dan Bernama.

Comments

Tak boleh ke, cadangakan pada MPKB supaya ambil tindakan saman keatas TV3 dan Bernama serta mana-mana akhbar yang turut menyiarkan berita yang mengelirukan itu?
Mr Joker said…
terimakasih atas komen anda dlm blog saya tentang artikel gincu,tumit tinggi...

saya telah membuat pembetulan berkenaan isu tersebut diblog saya : http://perisikrakyat.blogspot.com/2008/06/etika-pemakaian-pembetulan.html

dan juga dilaman tranungkite : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=11674

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...